Kemudahan Awam

Prasarana yang diberikan oleh kerjaan Malaysia kepada penduduk Kg. Merotai Besar bukanlah sesuatu yang baru bagi komuniti Merotai Besar. Kemudahan awam seperti Klinik Kesihatan Merotai Besar, Balai Polis, Dewan Serbaguna, Pusat Gerakan Daya Wawasan (GDW), dan Perpustakaan telah disediakan untuk kegunaan dam memudahkan urusan  masyarakat kampung khususnya. 

Kemudahan awam yang sedia ada ini banyak membantu komuniti Merotai. Penduduk Merotai tidak perlu untuk pergi ke Hospital Besar Tawau sejauh lebih kurang 30km untuk mendapatkan rawatan pesakit luar, kerana Klinik Kesihatan sudah sedia ada di Merotai Besar. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Klinik Kesiahatan Merotai Besar bolehlah menghubungi talian 089-902 601. Balai Polis Merotai Besar ( 089- 752 222) 

Kemudahan awam yang disediakan ini terletak di kawasan Pekan Merotai yang sememangnya menjadi pusat tumpuan penduduk kampung dan sekitar. 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.