Komuniti

KOMUNITI MEROTAI BESAR
Kepelbagaian Bangsa yang hidup
secara harmoni di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi, begitu juga di Kg.
Merotai Besar, pelbagai bangsa (Melayu, Cina dan Idia) dan kaum terdapat di Kg
Merotai Besar. Antara kaum awal yang menetap di Merotai Besar ialah Tidung,
Iban, dan Jawa disusuli dengan Bugis, Bajau dan lain-lain bangsa.
Setiap kaum ini mempunyai cara
hidup yang berbeza. Sebagai contoh, Kaum tidung kebanyakkannya hidup sebagai
Nelayan manakala kaum Iban pula bertani. Suku kaum ini mempunyai pakaian, makanan
tradisi, dan adat perkahwinan juga berbeza mengikut suku kaum masing-masing.
Mari kita
kenali Suku Kaum Tidung:- Semua masyarakat ini beragama Islam dan
terkenal sebagai kaum yang amatberpegang
teguh kepada adat resam dan pantang larang bangsanya. Pada zaman dahulu masyarakat ini sangat kuat dipengaruhi
unsur pemerintahan beraja iaitu pemerintahan Beraja Kesultanan Bolongan yang pusat pemerintahannya terletak diKalimantan Timur Indonesia. Justeru itu sehingga kini adat istiadat, kesenian yang diwarisi dan tatacara kehidupan
harian mereka banyak dipengaruhi oleh kehidupan istana. Tarian mereka misalnya banyak berunsurkan istana seperti tarian raja berangkat, kadandiu(sapu tangan) dan zapin tidung-bolongan yang mempunyai cirigerak tari kesenian istana yang penuh legenda.
Begitu juga pakaian tradisi mereka, terutama untuk
majlis tertentu misalnya, banyak dipengaruhi unsur kemewahan sama ada di segi
reka bentuk, hiasan dan aksesorinya. Perhiasan mereka diperbuat daripada emas,
perak atau tembaga dan ia harus dimiliki oleh sesiapa saja yang memakai tradisi
mereka.
Berkenaan warna pakaian tradisi etnik ini, mereka memilih apa saja
warna yang disukai (terutama warna yang memiliki kewujudan
tujuh bidadari dan tujuh warna pelangi seperti terdapat dalam kepercayaan
mereka). Walau bagaimanapun keranawarna kuning adalah warna rasmi kepada penghuni istana, maka warna kuning jugamelambangkan warna kebesaran mereka. Pada hari ini, pakaian
seperti ini dipakai pada majlis perkahwinan, perayaan dan pesta rasmi.
Untuk kaum lelaki Tidung, mereka memakai baju teluk belanga iaitu sejenis baju yang sama potongannya dengan
baju Melayu. Di bahagian dalamnya dipanggil kaos dibuat daripada kain biasa
atau sutera, manakala baju bahagian luarnya pula (jaket) dibuat daripada kain
baldu yang dihiasi dengan corak-corak indah menggunakan manik atau labuci.
Seluar yang dikenakan untuk baju teluk belanga ini dikenali juga sebagai seluar
teluk belanga. Seluar ini diperbuat daripada kain baldu dan dihiasi tekatan
kaki.
Sementara untuk hiasan kepala, mereka juga memakai sejenis tanjak dipanggilsingal. Ia diperbuat daripada kain tenun berwarna kuning
yang dihiasi dengan emas dan permata. Mereka juga mengenakan perhiasan
dipanggil gabol iaitu kain samping yang diikatkan di pinggang. Warnanya
mengikut pilihan si pemakai. Tali pinggang yang mereka pakai pula dikenali
sebagai panding. Tali pinggang ini diperbuat daripada tembaga atau perak dan
dipakai setelah menggunakan gabol supaya kelihatan lebih kemas. Akhirnya mereka
juga turut mengenakan kain selempang yang dipanggil serebit. Kain ini
disangkutkan di bahu si pemakainya.
Sementara bagi kaum wanita Tidong, mereka memakai
sejenis baju yang dipanggil entor kesuma. Baju ini diperbuat daripada kain
sutera yang dipanggil ambun, biasanya berwarna kuning yang dilekat dengan
benang emas dan dihiasi dengan manik serta labuci. Mereka juga menggenakan kain
sarung yang dipanggil gabol. Kain sarung ini daripada sutera berwarna kuning
dengan tekatan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Untuk hiasan kepala
mereka memakai makuta iaitu sejenis tiara yang dahulunya diperbuat daripada
emas atau perak serta dihiasi intan permata. Kemudian mereka menyucukkan
jamong. Jamong ini dicucukkan pada sanggul/ kembang goyang yang menghaisi
sanggul dan diperbuat daripada emas dan perak.
Mereka juga memakai anting-anting atau subang yang
menjadi penghias telinga dan diperbuat daripada perak, suasa ataupun emas.
Sementara itu terdapat beberapa perhiasan lain yang digunakan wanita etnik
Tidong ini ketika mengenakan pakaian tradisi mereka. Antara perhiasan itu ialah
kubab pempulu. Kubab pempulu bermaksud dada burung yang menghiasi bahagian dada
si pemakai. Kubab pempulu ini diperbuat daripada kain baldu
yang dilekat dengan benang emas berhiaskan manik dan labuci. Mereka juga
memakai perhiasan dipanggil selukup udang. Hiasan ini dikenakan di bahagian
lengan yang diukir indah mengikut bentuk burung, kupu-kupu dan sebagainya serta
diperbuat daripada emas atau perak. Turut dikenakan ialah gelang tawa. Iaitu sejenis
hiasan yang dipakai di pergelangan tangan yang diukir indah pinggang yang
dipanggil panding dan diperbuat daripada emas atau perak. Selain itu mereka juga memakai gelang kaki yang
dipanggil geruncung. Gelang kaki ini diperbuat daripada emas atau perak dan
mereka juga mengenakan dundung iaitu kain selendang yang diperbuat daripada
sutera yang dihiasi manik dan labuci.
Antara lain yang diamalakan oleh suku kaum tidung ialah Pasak Indong atau naik buai yang diamalkan suku kaum Tidong di Sabah merupakan istiadat khusus bagi anak yang baru dilahirkan yang akan dilangsungkan semasa bayi berumur tujuh hari hingga 27 hati atau tiga bulan. Upacara itu akan dimulakan dengan ibu bayi di bawa turun menjejaki tanah sebagai tanda tempoh berpantang sudah berakhir dan si ibu akan melalui beberapa upacara seperti memijak batu asah dan meminum air putih yang disediakan mak bidan. Bagi memulakan upacara tersebut bayi akan diletakkan di atas dulang yang dialas dengan `Gabol Lipet Raja Bersila ‘ iaitu tujuh helai kain sarung berlipat sebagai alas bayi yang diletakkan dalam dulang.Upacara akan dimulakan oleh mak bidang berserta tujuh orang wanita tua memasukkan bayi bersama sehelai kain Gabol Lipet Raja Bersila di dalam buaian dan dikeluarkan sambil diletakkan di atas dulang sehingga berulang tujuh kali dibantu secara bergilir tujuh orang wanita tua sehinggahelaian terakhir.Selain itu upacara keagamaan Berzanji dan doa selamat diikuti upacara `Gunting Abuk ‘gunting rambut akan diterusnkan sementara bayi yang dilahirkan pada bulan Safar akan menjalankan upacara `Penimbangan’ ( bayi ditimbang dengan pelbagai jenis buah-buahan dan kuih-muih tradisi sukukaum Tidong).
Kenduri Adat yang menjadi tradisi dan amalan dalam masyarakat dan suku kaum di Sabah kian pupus dan terpinggir akibat pengaruh kehidupan moden yang melanda masyarakat hari ini seharusnya dipulihara dan dihidupkan kembali sebagai wadah penerapan
nilai budi dan budaya dikalangan rakyat sekaligus sebagai landasan
untuk mewujudkan semangat muafakat, kerjasama dan toleransi kaum melalui amalan
gototng royong kearah perpaduan kaum.