Maklumat Tempatan


MAKLUMAT SETEMPAT

 

KAMPUNG MEROTAI BESAR, TAWAU

 


Asal usul perkataan "Merotai" bermula dari istilah yang dikeluarkan oleh suku kaum Tidung yang pergi mencari rotan di dalam hutan. Pencarian berakhir dengan terjumpanya mayat seorang lelaki dari suku Murut di pertembungan sungai. Pencari rotan mengeluarkan "Murut Matoi De Hutan" dalam erti kata "Murut Mati Di Hutan". Perkataan ini telah diubahsuai mengikut peredaran zaman dalam bahasa Melayu iaitu "Merotai". Maka terhasillah Merotai. "Merotai Besar" pula terhasil daripada pertembungan antara sungai besar dan sungai kecil yang mengalir ke arah Merotai Kecil. Kejadian ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1930an.

Seiring dengan peredaran masa dan kearah pentadbiran yang sistematik serta teratur, Merotai Besar dibahagikan kepada kampung-kampung kecil iaitu Kampung Asli yang wujud sejak 1930an. Terdapat 9 buah kampung iaitu :-

 1. Kg. Tanah Merah
 2. Kg. Simpang Tiga 
 3. Kg. Pangkalan Asli
 4. Kg. Durian
 5. Kg. Langsat
 6. Kg. Kijang
 7. Kg. Jagung 
 8. Kg. Iban 
 9. Kg. Kuala Merotai dan bertambah kepada;
10. Kg. Sri Delima 
11. Kg. Lorong Teratai
12. Pekan Merotai Besar 

Terletak dalam DUN N.58 dibawah pimpinan YB Datuk Pang Yuk Ming. Merotai Besar kini semakin membangun samada dari segi ekonomi mahupun social.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.