Pendidikan


Penduduk di Kg. Merotai Besar tidak perlu risau mengenai kemudahan pendidikan untuk anak-anak mereka. Terdapat kemudahan pendidikan seperti Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Tadika KEMAS, Sekolah Agama Rakyat dan Tadika PASTI.

SK Merotai Besar dan SMK. Merotai Besar, Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1980. Penubuhan SMK Merotai Besar ini adalah atas cadangan Kementerian Pelajaran untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan terpencil dan tercicir kerana tidak dapat menyambung ke ekolah menengah bandar di Tawau. Pada tahun 1980 hanya terdapat 106 orang murid dan 4 orang guru termasuk Pengetua. Pelajar-pelajar ini datangnya dari empat buah sekolah rendah di sekitar Kg. Merotai Besar iaitu, SK. Merotai Besar, SRK. Merotai Kecil, SK. Kuala Merotai dan SRK Tiger, malahan ada juga yang datang dari SK Brumas dan SK Umas-Umas. 

Ketika ditubuhkan, bangunan sekolah hanya menumpang di SK. Merotai Besar dan menjalankan sesi persekolahan pada waktu petang. Pada awal 1981, satu tnjauan telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina bangunan sekolah ini sendiri. Pada awal 1982 bangunan ini telah mula dibina. Pembinaan tersebut melibatkan 2 blok bangunan sekolah 2 tingkat, 3 blok flat kediaman guru, 1 blok rumah pekerja (4 unit), 1 rumah Pengetua, padang sukan dan sebuah gelenggang bola keranjang.Menjelang bulan April 1984, bangunan sekolah telah telah mula digunakan. Pada bulan Julai 1985, semua bangunan telah diserahkan oleh pihak kontraktor kepada Jabatan Pelajaran, dan pada tahun ini juga pelajar telah bertambah dan bilangan pada ketika itu ialah 325 orang murid manakala guru pula seramai 17 orang. Kelas yang dibuka hanya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja.

Pada tahun 1985, penempatan di asrama telah mula dibuka dan seramai 125 orang pelajar telah dipilih untuk tinggal di asrama. Pelajar-pelajar ini berasal dari penempatan yang jauh dari SMK Merotai Besar iaitu Luasong, Kalabakan, Brumas dan Wallace Bay. 

Pada tahun 1986, sebuah logi penapis air telah dibuka khas untuk sekolah ini bagi mengatasi masalah sumber air. Pada tahun ini juga, SMK. Merotai Besar telah membuka kelas Tingkatan Empat Aliran Sastera.Sepanjang dua belas tahun penubuhan SMK Merotai Besar, Sekolah ini telah muncul sebagai sebuah sekolah luar bandar yang dapat dibanggakan. Ini dapat dibuktikan dari segi pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. 

https://www.facebook.com/SMKMerotaiBesarTawau/

https://www.facebook.com/SKMerotaiBesarTawauSabah

 

Selain daripada SK Merotai dan SMK Merotai, anak-anak penduduk juga boleh mendapatkan pendidikan awal di Tadika KEMAS Kg. Tanah Merah dan juga Tadika KEMAS Kg. Iban. Sekolah Agama Rakyat dan juga  Tadika PASTI yang lokasinya berhampiran Masjid Hidayatul Iman, Kg. Merotai Besar. Terdapat juga kemudahan pendidikan lain, seperti Pusat Tuisyen yang dikendalikan oleh Komuniti Merotai Besar Sendiri.  

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.