Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke Pusat Internet Lain

Pusat Internet Komuniti lebih dikenali sebagai PIK merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama oleh pihak Celcom Axiata Berhad dan NuSuara Technologies Sdn Bhd. Fokus utama PIK adalah menyediakan perkhidmatan ICT kepada komuniti di kawasan luar bandar dengan capaian yang pantas, perisian yang terkini dan canggih serta dapat merapatkan jurang digital di antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.

Pemilihan lokasi yang strategik PIK Kampung Merotai Besar berada dipertengahan  kampung terdiri daripada Kampung Tanah Merah, Kampung Pangkalan Asli, Kampung Durian, Kampung Langsat, Kampung Kijang, Kampung Jagung, Kampung Simpang Tiga, Kampung Iban, Kampung Kuala Merotai dan Kampung Pekan Merotai Besar. PIK Kampung Merotai Besar Tawau telah mula beroperasi kepada komuniti bermula pada 19 Mac 2015 yang lepas. Dengan slogan PIK Perkasa Komuniti kini penduduk kampung Merotai Besar tidak perlu lagi ke bandar Tawau sejauh 30 KM yang mengambil masa selama 40 minit untuk mendapatkan akses internet, ini secara langsung dapat menjimatkan masa dan kos penduduk kampung. PIK Kampung Merotai Besar dapat membantu komunti mengubah corak hidup digital dan peluang menikmati kemudahan tahap kelas pertama yang canggih dan selesa. 

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan