Advokasi Klik Dengan Bijak Online

27 June 2022 | Berita Terkini

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK ONLINE

 

Pada 26 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg Nosoob telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan Klik Dengan Bijak Secara atas talian.

 

Program ini telah mendapat respon yang memberangsangkan dari semua peserta.

 

Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Facebook page PEDi Kg Nosoob. Dalam program ini, PEDi Kg Nosoob kali ini memfokuskan Klik Dengan Bijak yang bertajuk Gunakan Media Sosial Secara Positif. Advokasi kali ini mengharapkan agar semua lapisan masyarakat sentiasa periksa dan waspada sesuatu berita sebelum mempercayainya dan membuat sebarang perkongsian di media sosial. Advokasi ini juga menekankan agar masyarakat jangan sesekali menyebarkan kandungan yang berbaur hasutan dalam media sosial.