Advokasi Klik Dengan Bijak Online

19 July 2022 | Berita Terkini

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK ONLINE

 

Pada 12 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg Nosoob telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan Klik Dengan Bijak Secara atas talian.

 

Program ini telah mendapat respon yang memberangsangkan dari semua peserta.

 

Program ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan medium Facebook page PEDi Kg Nosoob. Dalam program ini, PEDi Kg Nosoob kali ini memfokuskan Klik Dengan Bijak yang bertajuk Penipuan Dalam Talian. Advokasi kali ini mengharapkan agar semua lapisan masyarakat sentiasa berhati hati dalam melakukan transaksi dalam talian. Berbagai bentuk penipuan dalam talian yang berlaku pada masa ini termasuklah penipuan tawaran kerja yang menjanjikan gaji yang lumayan. Advokasi ini juga menekankan agar masyarakat sentiasa mengamalkan STAR iaitu Stop, Think, Act Dan Responde apabila mengalami situasi yang meragukan.