Mengenai Pusat Internet

Pusat Internet adalah antara projek yang terawal dibawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Segajat (PPS). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapi dengan kemudahan akses komputer dan internet jalurlebar, Pusat Internet juga menawarkan peluang-peluang Latihan berkaitan ICT yang akan dikendaikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di pusat tersebut.                                          




Objektif utama pusat internet :



1.   Menyediakan capaian komunikasi kepada kumpulan & individu di kawasan kurang liputan.



2.   Meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan komuniti kearah pembangunan sosio-ekonomi setempat.



3.   Merapatkan jurang digital.





Sehingga Julai 2017, sebanyak 89 Pusat internet telah dibangunkan dan diuruskan oleh pihak Nusuara Technologies dibawah naungan Celcom.


Manakala bagi peringkat kebangsaan pula. sebanyak 736 Pusat internet telah siap dan beroperasi diseluruh negara setakat bulan Oktober 2016.


Pada April 2015, pembinaan Pusat Internet Kg. Nosoob telah bermula dan bangunan Pusat internet telah siap sepenuhnya pada Ogos 2015.



Kini, Pusat Internet Kg. Nosoob secara rasmi telah dibuka untuk komuniti Kg.Nosoob dan sekitarnya.