Maklumat Tempatan

Nama & Sejarah Kampung


NOSOOB juga mempunyai makna tersiratnya sendiri. Menurut sejarahnya, Nosoob dalam bahasa Kadazan bermaksud “Dia hangus akibat kebakaran”. Dia adalah merujuk kepada penduduk asal kampung Nosoob dimana pernah berlaku kebakaran besar yang mengakibatkan kemusnahan rumah kediaman penduduk kampung.

Menurut maklumat yang diterima daripada penduduk kampung (1), Kg Nosoob mendapat namanya selepas kawasan ini terbakar dan hampir semua kawasan terbakar dan dari situ kebanyakkannya penduduk kawasan berhampiran kampung Nosoob memanggil kawasan kebakaran itu sebagai Nosoob.

Latar Belakang Kg. Nosoob Baru

 

Kg. Nosoob Baru terletak dibawah Pentadbiran Daerah Penampang. Keluasan kawasan Kg. Nosoob Baru adalah 22.347 HA. Sehingga kini, Kg. Nosoob Baru dibahagi kepada Enam buah kampung kecil atau lebih dikenali sebagai kawasan Zon  iaitu Zon Nosoob Baru Center, Bukit Indah, Suok Gadus, Nosoob Baru Klinik, Tuntuluk dan zon Kotitiman.

        Pembahagian zon ini dibuat atas dasar pentadbiran kampung dan memudahkan penunjuk lokasi Kg, Nosoob baru. Kg. Nosoob baru juga mempunyai sebuah kawasan tanah perkuburan seluas 5.57 HA untuk kegunaan penduduk kg. Nosoob baru sahaja.




(1) Maklumat diperolehi daripada Pengerusi JKKK kg. Nosoob, En. Carfester J. Mokujin.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.