Pendidikan

Pendidikan adalah tonggak utama kemajuan sesebuah masyarakat. Bagi kg Nosoob Baru, sektor pendidikan hanya tertumpu kepada pendidikan pada peringkat Prasekolah sahaja. Di kawasan Kg. Nosoob Baru sahaja mempunyai dua buah sekolah tadika berasingan iaitu Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan serta terdapat juga Taska Permata.

Tabika Kemas atau Taman Bimbingan Kanak-kanak merupakan Program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tabika Kemas adalah dibawah jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Tabika Kemas ini terletak di Balai Raya kg. Nosoob Baru yang bersebelahan dengan Pusat Internet 1 Malaysia.

Tabika Perpaduan pula memainkan peranan yang sama dengan Tabika Kemas, Cuma yang membezakan ialah Tabika Perpaduan ini dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tabika Perpaduan Kg. Nosoob Baru pula terletak bersebelahan dengan Dewan Serbaguna Kg. Nosoob sebaris dengan Taska Permata.

Taska Permata yang dicetuskan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin seri Rosmah Mansur. Taska Permata menawarkan satu altenatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak dibawah umur empat tahun yang berfokuskan kepada pendekatan Belajar dalam Bermain. Taska ini adalah dibawah kelolahan Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri. Kg. Nosoob Baru adalah kampung yang paling bertuah kerana terpilih untuk didirikan sebuah taska ini.


Selain itu, terdapat juga sekolah rendah dan menengah berhampiran kampung Nosoob dan jarak diantara Pi1M kg. Nosoob dengan sekolah berkenaan adalah tidak melebihi 5 KM. Berikut adalah sekolah yang berhampiran :
1. SK BAHANG, PENAMPANG
2.SMK BAHANG, PENAMPANG.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.