Berita Terkini

Usahawan Yusnita bt Mohd Yusoff

11 January 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Yusnita bt Mohd Yusoff Umur: 34 Tahun Pekerjaan: Suri Rumah Barang Perniagaan : Barangan Kraf seperti key chain, pencil box dll daripada kain felt Jantina : Perempuan No Tel / Whatsapp: 019-3771719 Lokasi Perniagaan : Langkawi Skycab Panorama  Facebook : Yusnita Mohd Yusoff   Yusnita bt Mohd yusoff  atau mesra dipanggil Kak Ta merupakan salah seorang usahawan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Padang Lalang. Beliau merupakan suri rumah tangga sepenuh masa, namun beliau sangat berminat untuk menambah pendapatan dengan menjual barangan kraftangan buatannya sendiri melalui online. Ibu muda yang mempunyai 4 orang cahaya mata ini seringkali menghadirkan diri ke... read more

Kisah Kejayaan - Marjana bt Jid

06 April 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Marjana bt Jid Umur: 46 Tahun Pekerjaan: Peniaga Barang Perniagaan : Kedai Barangan Kosmetik Avon dan pelbagai Jantina : Perempuan No Tel / Whatsapp: 019-5468470 Lokasi Perniagaan : Marjana Enterprise Jalan Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat    Facebook : Marjana Avon Instagram : marjanaavon   Marjana bt Jid  atau mesra dipanggil Kak Ina merupakan salah seorang usahawan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Padang Lalang. Beliau merupakan wakil jualan Avon bagi pekan kecil Ayer hangat. Selain menjual barangan kosmetik Avon beliau turut menjual pelbagai jenis produk kecantikkan luaran dan dalaman lain. Menyingkap permulaan dalam bidang perniagaan, Marjana mengakui sememangnya suka... read more

Hari Terbuka Pi1M Kg Padang Lalang 2018

30 March 2018 | Berita Terkini

   Jumaat, 30 Mac 2018 – bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Padang Lalang telah berlangsungnya Program Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Lalang yang dihadiri lebih 40 orang di kalangan komuniti setempat dari dalam kawasan Ayer Hangat . Program ini terdiri dari dua aktiviti iaitu Majlis Bacaan Yassin dan Riang Ria Tupperware (Pameran & Pertandingan Memasak menggunakan barangan Tupperware).       Program hari terbuka ini di mulakan dengan kata-kata aluan Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Kampung Padang Lalang dan Majlis Bacaan Yassin. Selesai bacaan Surah Yassin para hadirin di jamu dengan... read more

Kisah Kejayaan - Nor Hamna Binti Hamdani

21 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                                      :  Nor Hamna Binti Hamdani Umur                                      : 22 Tahun Pekerjaan                               : Staff Printing Service & Menjual Cerpen Online Barangan Perniagaan                        : Cerpen – Surat Untuk Bakal Jodoh                                                                 - Secebis Kasih                                                                 - Kelukaan Jiwa                                                                 - Cendol Untuk Amoi          Jantina                                    : Perempuan No Tel/ Whatapps/Insta         : 017-5496435 Facebook                                 : Nirhamna Iranna Instagram                                 : nirhamna_iranna            Nirhamna atau Nor Hamna Binti Hamdani atau lebih di kenali sebagai hamna seorang usahawan muda Pusat... read more

Bengkel Kewartawanan Awani Junior Langkawi 2018

05 March 2018 | Berita Terkini

Pada 5 Mac 2018 yang lalu telah berlangsungnya Bengkel Kewartawan Awani Junior Langkawi. Program tersebut melibatkan 145 orang peserta yang terdiri daripada 29 buah sekolah. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan wartawan junior yang berkebolehan dan berkeyakinan tinggi serta memberi pengalaman yang berharga kepada pelajar yang terlibat.  Slot perkongsian ilmu disampaikan oleh saudara Hilal Azmi dan Sharkawi Salehuddin wartawan yang berpengalaman luas dari Astro Awani. Bengkel ini diadakan bagi memberi bimbingan dan pendedahan cara mengambil gambar dan menghasilkan berita untuk penerbitan sekolah dan juga penerbitan umum. Mereka mempelajari cara menulis, mendapatkan... read more

Program Advokasi di MRSM Langkawi

02 March 2018 | Berita Terkini

Pada 2 Mac 2018 yang lalu bertempat di Dewan Ibnu Sina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi telah diadakan Program Advokasi bersempena dengan minggu kerjaya dan aktiviti MRSM. Dalam program ini seramai 240 orang pelajar tingkatan tiga dan empat yang terlibat. Program ini adalah kerjasama bersama Pusat Internet Satu Malaysia (Pi1M) Kluster Langkawi dan  pihak Kod Kandungan Komunikasi & Multimedia (CMCF) serta pihak Universiti Tun Abd Razak (UNITAR). Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung ialah tips pencegahan bagi keselamatan di internet yang disampaikan oleh pegawai dari CMCF, Pengenalan... read more

Pencari Cikgu Roti & Kek

03 March 2018 | Berita Terkini

Pada 3 Mac 2018 yang lalu telah diadakan Program Pencarian Cikgu Roti & Kek. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu ramai kaum wanita khususnya supaya mengambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan kemahiran serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kemahiran yang telah diberikan di dalam program ini diharapkan para peserta mampu membuat perniagaan secara kecil-kecilan dirumah. Caranya dengan membekalkan ke kedai-kedai berhampiran seperti kedai makan, warung, kantin, pasar malam, kedai runcit dan banyak lagi. Malah ianya boleh dijual di depan rumah sebagai permulaan yang baik dalam perniagaan... read more

Kursus Digital Document Management System (DDMS) - Kompleks Kraf Langkawi

19 February 2018 | Berita Terkini

Pada 6 – 8 Februari 2018 telah berlangsungnya Kursus Digital Document Management System (DDMS) 2.0 dari kakitangan Kompleks Kraf Langkawi. Program ini berlangsung selama 3 hari di Pusat Internet 1Malaysia Kg Padang Lalang. Seramai 15 orang kakitangan yang telah menghadiri bengkel ini. Sedikit pendedahan dan penerangan ringkas tentang fungsi dan kewujudan  Pusat Internet 1Malaysia ( PI1M).        Program ini bertujuan mendedahkan sistem baru yang lebih terkini  dan lebih mesra kepada pengguna  untuk kegunaan kakitangan Kompleks Kraf Langkawi. Tenaga Pengajar yang di terbangkan terus dari Perbadanan Kemajuan KrafTangan Malaysia (Kuala Lumpur) Semoga... read more

Bengkel ICT Petugas PRU 2018 & Lawatan Ringkas YB DUN Ayer Hangat

09 February 2018 | Berita Terkini

Pada 9 Feb 2018 telah berlangsung satu Bengkel ICT petugas  PRU 2018 yang telah di hadiri oleh Wanita dan Puteri UMNO di Pusat Internet 1Malaysia Kg Padang Lalang. Bengkel ini di hadiri seramai 30 orang dari seluruh Daerah Langkawi. Bengkel berlangung selama 2 jam dan dihadiri oleh YB DUN Ayer Hangat iaitu YB Dato’ Haji Mohd Rawi Bin Haji Abd Hamid untuk lawatan ringkas dan memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada anggota bengkel yang hadir.      Bengkel ini betujuan untuk memberi pendedahan kepada Puteri dan Wanita UMNO berkaitan ICT untuk PRU... read more

Program Advokasi Bahaya Aplikasi Tanpa Kawalan (Kluster Langkawi)

12 February 2018 | Berita Terkini

Pada 12 Februari 2018 yang lalu satu Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al- Baqiyatussolihat Padang Ranggut, Padang Matsirat. Program yang dikemudikan oleh beberapa Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M)  berlangsung meriah seperti : Pi1M Kuah, Pi1M Kg Padang Lalang,  Pi1M Padang Wahid , Mini Pi1M Tuba dan juga Pi1M Langkawi. Program yang melibatkan pelajar  semua tingkatan sekolah tersebut telah dijalankan dengan jayanya dengan pengisian pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang jam 12.00 tengahari pada hari itu iaitu antaranya taklimat mengenai Pusat Internet 1 Malaysia dan fungsinya serta penyampaian kesedaran keselamatan internet (KDB... read more