Taklimat Untuk Jurulatih PEDi : MCMC x Shopee

25 June 2022 | Berita Terkini

                                                                             

25 June 2022, Sabtu – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Padang Lalang telah terlibat dalam satu taklimat yang yang telah dikendalikan oleh pihak MCMCx Shopee. Taklimat ini telah disampaikan oleh pegawai yang bertugas daripada pihak Shopee dan seorang daripada Shopee Expert iaitu Puan Ira Ali. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan cara untuk memuatnaik produk perniagaan di dalam aplikasi Shopee. Taklimat disampaikan secara di atas talian dan semua pengurus, penolong pengurus serta rakan digital bagi kawasan Perlis, Kedah dan Perak telah terlibat.

 

Dalam taklimat tersebut juga turut adanya sesi soal jawab bagi memberi lebih pencerahan terhadap perkara-perkara yang masih diragui. Taklimat yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua mengenai Shopee dan cara untuk memulakan perniagaan di Shopee. Dengan harapan pencerahan yang diberikan akan dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh sesetengah usahawan. Semua yang terlibat dalam program ini turut diberikan suntikan semangat untuk berniaga dan turut membantu komuniti setempat sekiranya menghadapi sebarang permasalahan.

 

Oleh itu, kami pihak PEDi akan berusaha sebaik mungkin dalam membantu komuniti setempat untuk menguruskan perkara yang berkaitan Shopee. Komuniti setempat juga boleh berkunjung ke PEDi berdekatan bagi mendapatkan bantuan sekiranya terdapat sebarang permasalahan yang dihadapi.