Kuiz Asas Usahawan

23 June 2022 | Berita Terkini

23 June 2022, Khamis – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Padang Lalang telah mengadakan satu permainan di atas talian dengan menggunakan Google Form. Permainan ini telah diwar-warkan di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook Page. Permainan ini dilakukan bagi memberi motivasi secara tidak langsung kepada orang ramai mengenai bidang keusahawanan. Mereka juga dapat mengetahui perkara asas yang perlu ada bagi memberi pengenalan secara ringkas melalui permainan ini.

 

Online games ini diberi nama ‘Kuiz Asas Usahawan’ permainan ini menggunakan soalan kuiz yang berkaitan keusahawanan. Peserta perlu menjawab soalan kuiz yang telah diberikan dengan beberapa pilihan jawapan. Permainan ini dapat menarik perhatian pengguna untuk lebih berminat bagi mengetahui mengenai bidang usahawan. Secara tidak langsung, mereka dapat memperlajari secara ringkas mengenai bidang ini. Setelah itu, mereka dapat memotivasikan diri mereka bagi memulakan perniagaan.

 

Diharapkan permainan sebegini memberikan sedikit suntikan semangat suapaya lebih berminat untuk menjalankan perniagaan. Secara tidak langsung, mereka akan lebih celik ICT dan berani untuk lebih dekat dengan ICT tanpa mengira peringkat umur. Didikan sebegini juga mampu memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka terhadap gaya hidup digital. Semoga komuniti setempat dapat mengaplikasikan permainan ini dan lebih berwaspada secara tidak langsung.