PROGRAM ADVOKASI 'MOH NGETEH HARI KEBANGSAAN KKLW' BERSAMA JKKK KG PADANG LALANG

29 August 2016 | Berita Terkini

 

 

Lebih 200  warga Kampung Padang Lalang menyertai program “Moh Ngeteh” sempena sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara. Program yang julung kali diadakan ini adalah simbolik kepada semangat kemerdekaan dalam kalangan warga negara rakyat Malaysia, selain menunjukkan semangat solidariti mereka untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara.

 

Kebiasaannya kita sambut Hari Merdeka secara bersendirian, namun hari ini program tersebut disambut serentak di seluruh negara. Mengulas lanjut, Tuan haji Isahak bin Murat berkata, negara tidak akan mencapai kemerdekaan kalau tidak melalui semangat solidariti dan perpaduan dalam kalangan rakyat dan pemimpin. “Apa yang generasi hari ini harus lakukan ialah mengisi kemerdekaan dengan perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada negara supaya terus kekal aman dan harmoni,” katanya.

 

Program ‘Moh Ngeteh’ peringkat Mukim Ayer Hangat yang diadakan di dataran niaga Ayer Hangat ini di rasmikan oleh Tuan Haji Isahak bin Murat selaku Pegawai Daerah Langkawi. Pelbagai program telah disusun bagi memeriahkan suasana antaranya sukan neka, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan kasut roda serta gerai pameran Pusat Internet 1 Malaysia yang menekankan keselamatan penggunaan internet untuk masyarakat setempat.