PROGRAM TANAMAN BAKAU BERSAMA KOMUNITI KG EWA, MUKIM AYER HANGAT

24 September 2016 |

Pada 24 September yang lepas Pusat Internet 1Malaysia Kg Padang Lalang, bersama-sama dengan Jaring & Sahabat Alam Malaysia telah menjalani Program Penanaman Semula Pokok Paya Bakau di Kg Kubang Badak, Ewa Ayer Hangat. Program ini di hadiri oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti Langkawi seramai hampir 30 orang. Kami diberi target untuk menanam 200 anak pokok dalam masa yang ditetapkan disebabkan oleh pasang surut air laut yang tidak menentu.


Program ini adalah satu khidmat sosial komuniti untuk memupuk semangat cintakan alam dan mewujudkan kesedaran dalam komuniti. Objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar di samping mendedahkan peserta tentang ekosistem kehidupan di hutan paya bakau. Selain itu juga, suasana air yang pasang ketika itu membolehkan kita mengetahui habitat yang menghuni di sekitar hutan paya bakau. Encik Jamal juga menerangkan serba sedikit mengetahui jenis- jenis dan maafaat pokok tersebut yang terdapat di sekitar hutan paya bakau.

Antara organisasi yang terlibat dalam program ini ialah Sahabat Alam Malaysia (SAM), Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), Skuad Amal Langkawi (SAM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta pelajar dan tenaga pelajar dari Kolej Komuniti Langkawi.