Kisah Kejayaan – Surina Pison (Perniagaan Pakej Pelancongan Langkawi, Indonesia dan Thailand)

04 October 2016 | Kisah Kejayaan

Nama : Surina bt Pison

Umur : 34 Tahun

Pekerjaan : Travel Agent

Laman Facebook : https://www.facebook.com/surina.pison

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk  pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong diAsia Timur – selepas China dan Hong Kong. Oleh yang demikian, maka tertubuhnya sebuah syarikat pelancongan iaitu  Langkawi Truly Holidays yang memberi perkhidmatan pelancongan dengan harga berpatutan.

Kisah kejayan yang akan dikongsi kali ini adalah dari seorang suri rumah yang mempunyai cita-cita tinggi dan tanpa berputus asa meningkatkan perniagaan beliau. Nama usahawan dari Pi1m Kg Padang Lalang tersebut ialah Puan Surina bt Pison berusia 34 tahun. Beliau merupakan pemilik Langkawi Truly Holidays yang menjalankan perniagaan pakej pelancongan di Langkawi serta tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti di Indonesia dan Thailand. Beliau merupakan bekas penuntut  Institusi Pelancongan Dian Gombak. Pengalaman kerja sebagai Sales & Marketing di Hotel Bahagia Langkawi banyak memberi inspirasi kepada beliau untuk lebih maju dan berdaya saing dalam industri pelancongan ini.

 

Kelas-kelas keusahawanan dan ICT yang dihadiri di PI1M Kg Padang Lalang banyak membantu Perniagaan Puan Surina untuk lebih maju dan dikenali. Jika sebelum ini pemasaran perniagaan hanya di buat melalui flyers yang diedarkan. Namun, dengan adanya teknologi media social seperti facebook, Instagram, Twitter dan Blog sangat membantu beliau mecari pelanggan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Beliau percaya apabila sesuatu produk dan perkhidmatan dipasarkan melalui media social lebih ramai orang akan mengenali produk kita berbanding jika hanya meletakkan produk pada satu-satu tempat tertentu. Sifat media sosial yang ‘mudah viral’ membolehkan lebih ramai pengguna internet mengetahui produk kita. Penggunaan media sosial sebagai medium promosi dapat mengurangkan kos untuk memperkenalkan produk kepada umum. 

Antara Pakej-pakej pelancongan yang disediakan.