PROGRAM ADVOKASI SUKAN 1 MALAYSIA - TAMAN DAHLIA

08 October 2016 | Berita Terkini

Pada 8 Oktober yang lepas pusat internet 1 Malysia Kg padang Lalang & kuah bersama – sama komuniti taman dahlia dalam menjayakan Program Hari Sukan Negara. Program ini dirasmikan di Blok B Taman dahlia oleh YB Saidi Nayan. Terdapat pelbagai aktiviti sukan yang adakan seperti perlumbaan kasut roda untuk remaja, pertandingan mewarna untuk kanak dan sukaneka untuk golongan dewasa.

Pusat Internet 1Malaysia ada membuat sedikit kuiz KDB bersama- sama tetamu yang hadir dan penerangan secara ringkas tentang ‘’ Mobile E-Waste’’ iaitu kesedaran meletakkan  telefon yang rosak di tempat yang betul tempat pelupusanya agar segala maklumat yang terdapat di dalamnya terpelihara dan sambutannya amat memberangsangkan.

Program ini, memumuk sikap kerjasama  dan silaturahim antara komuniti selain dapat meningkatkan kesedaran induvidu tentang pentingnya bersukan.