PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SMK PULAU TUBA

03 November 2016 | Berita Terkini

Pada 3 November 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Padang Lalang dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Kuah, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Wahid, Mini Pusat Internet 1 Malaysia Pulau Tuba dan Unit Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba telah mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelajar bertempat di Dewan Tertutup Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tuba pada Jam 1100 pagi sehingga 1300 petang. Program tersebut dihadiri seramai 180 orang pelajar dan seorang guru sebagai penyelia program.

Antara aktiviti-aktiviti Advokasi yang dilaksanakan sepanjang program tersebut ialah Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz, Tayangan Video Pendek Klik Dengan Bijak, Taklimat Check Your Label (CYL), Taklimat E-Waste, soal jawab serta kuiz Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan pemahaman para peserta tentang konsep Klik Dengan Bijak.

Melalui program seperti ini yang mendedahkan kepada para peserta tentang keselamatan, sikap bertanggungjawab serta berwaspada semasa menggunakan internet. Program ini juga memberikan pendedahan kepada para peserta tentang hak sebagai pengguna dalam pembelian peralatan elektronik seperti telefon mudah alih, cara-cara pengurusan bahan buangan barang-barang elektronik yang lebih sistematik dan selamat.