Program Motivasi Pelajar Bersempena Program Mesra Komuniti Pulau Tuba 2016

25 November 2016 | Berita Terkini

Pada 25 November 2016 pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) berkerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan satu program motivasi pelajar bersempena Program Mesra Komuniti Pulau Tuba. Program ini melibatkan dua buah sekolah dan pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari tahun 5 dan 6. Antara objektif utama program ini ialah bertujuan membentuk peribadi yang kuat terhadap cabaran dan halangan apabila para pelajar meningkat remaja dan meninggalkan bangku sekolah rendah. Pihak MCMC turut sama memberi pendedahan kepada pelajar tentang keselamatan semasa melayari internet melalui kempen Klik Dengan Bijak (KDB). 

Program 'Klik Dengan Bijak' merupakan salah satu inisiatif SKMM untuk mendidik masyarakat mengenai penggunaan Internet secara positif yang diperkenalkan di peringkat kebangsaan pada Julai 2012 di Pulau Pinang. Pengenalan program ini berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara, selari dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni di samping menekankan matlamat mengutamakan aspek keselamatan pengguna kanak-kanak agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan majlis antaranya ceramah Klik Dengan Bijak, Ceramah Motivasi dari pihak Yapiem, Kuiz KDB, Booth KDB dan sukanneka.