PROGRAM PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI TSUNAMI 2004

24 December 2016 | Berita Terkini

Pada 26 Disember 2010 yang lalu, maka genaplah 12 tahun peristiwa bencana Tsunami yang melanda negara kita pada tahun 2004 dahulu. Pusat Internet 1 Malaysia telah bekerjasama dengan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) dalam menjayakan 'PROGRAM PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI TSUNAMI 2004'. Program tersebut turut mendapat kerjasma dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi (JPS).  Dalam program berkenaan, sebanyak 300 batang anak pokok bakau telah ditanam di sepanjang pesisir pantai Kuala Teriang yang mana semasa kejadian tsunami 2004 kawasan Kampung Kuala Teriang turut terlibat sama dalam musibah bencana tersebut.

Keadaan selut yang begitu dalam  menyebabkan para sukarelawan hanya dapat turun pada jam 11 pagi (rancangan asal ialah pada jam 9 pagi). Walaupun terpaksa menunggu agak lama dan kaki serta badan dipenuhi selut tetapi semangat mereka masih teguh dan tidak berganjak dari kawasan program. Syabas dan tahniah. Kira-kira jam 3 petang, kesemua anak pokok berjaya ditanam.