ART & CRAFT SCHOOL HOLIDAYS

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 7, 15, 26 dan 29 Disember 2016 yang lalu Pusat Internet Satu Malaysia Kampung Padang Lalang telah mengadakan program Art & Craft bagi kanak-kanak sempena memenuhi aktiviti cuti persekolahan mereka. Sambutan sangat meriah dan menggalakkan. Program ini adalah salah satu platform terbaik untuk kanak-kanak mencungkil bakat mereka serta dapat memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak – kanak . Hal Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak - kanak menyampaikan perasaan , kerja dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Program ini di atur bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. 4 kelas disediakan bermula dari tarikh 7 Disember 2016 sehingga 29 disember 2016. Antara aktiviti yang diadakan ialah membuat flowers button, slame (tanah liat), topeng muka dan juga penanda buku.  Aktiviti ini akan diteruskan lagi berdasarkan sambutan yang menggalakan dari kanak-kanak serta sokongan daripada ibu bapa.