Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg Padang Lalang, Langkawi mula dibuka kepada komuniti pada 14 March 2015. PI1M padang lalang sangat bertuah kerana telah menerima tetamu kehormat iaitu YB Dato’ Jailani Bin Johari Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia yang sudi meluangkan masa meninjau pelaksanaan operasi PI1M pada hari pembukaannya. PI1M adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat kampung padang lalang terutamanya.


Pusat ini dilengkapi dengan 20 komputer meja yang serba canggih beserta dengan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, dengan adanya kemudahan ini diharapkan agar lebih ramai masyarakat di kawasan luar bandar celik ICT di samping dapat menyeimbangkan penggunaan kemudahan internet di kawasan bandar dan luar Bandar. PI1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh Encik Muhamad Fauzi Bin Abdullah selaku pengurus PI1M padang lalang dan di bantu oleh Puan Nor Asmak Bt Amsari selaku penolong pengurus.

 

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

 

Objektif PI1M

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

 

Prinsip Pelaksanaan PI1M

1. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri

  • Menyediakan premis yang sesuai
  • Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri

2. Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi

3. Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak

4. Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari

5. Daftar sebagai Ahli PI1M

  • Pendaftaran RM5.00
  • Kad Ahli
  • Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
  • Pengaktifan semula – RM3.00