Ekonomi dan Keusahawanan


Kegiatan Ekonomi yang utama di Kg Padang Lalang umumnya dan Pulau Langkawi khasnya adalah di dalam sektor pelancongan, Hal ini kerana tarikan pelancong luar dan dalam negara mengunjungi ke Pulau Langkawi adalah amat memberansangkan sekali. Pelbagai promosi dan rangka pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Exco Pelancongan dan Warisan Kedah dan sebagainya bagi mempromosikan Langkawi kepada masyarakat luar.

langkawi beach chalet at tanjung rhu 
langkawi side beach chalet tanjung rhu

De Balkis Homestay , Pantai Tg Rhu

Jesteru itu, pelbagai kegiatan ekonomi dapat dijana oleh penduduk setempat ekoran daripada hal ini secara langsung atau tidak langsung. Ada diantara mereka yang mula menceburi bidang keusahawan bagi memenuhi permintaan pelancong yang tinggi di Langkawi seperti usahawan bot-bot pelancongan, usahawan rumah-rumah tumpangan (homestay), usahawan kraftangan, usahawan pemasaran makanan laut dan sebagainya. Bagi meningkatkan latihan dan promosi keusahawanan kraftangan, sebuah Komplek Kraftangan telah ditubuhkan di Langkawi bagi memasarkan produk setempat, Disamping itu, ia turut memberikan latihan kepada penduduk setempat dan menghimpunkan barangan kraf untuk dipasarkan kepada para pelancong luar dan dalam Langkawi.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa sektor pelancongan banyak membantu meningkatkan pendapatan isi rumah di kalangan masyarakat setempat. Jika tidak menceburi di dalam bidang keusahawan, kebanyakan daripada penduduk bekerja makan gaji di dalam sektor perhotelan yang memberikan pendapatan yang lumayan atau bekerja di dalam sektor kerajaan. Manakala, hanya segelintir sahaja mereka yang masih meneruskan kegiatan ekonomi seperti bertani (sawah padi) dan menjadi nelayan.  
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.