Kemudahan Awam


Balai Polis Ayer Hangat
Kampung Padang Lalang merupakan Pusat kegiatan penduduk mukim Ayer Hangat. Sebagai pusat kegiatan penduduk di Kg Padang Lalang pelbagai infrastruktur awam telah dibina di sekitar kawasan ini untuk kemudahan penduduk. Antara kemudahan awam yang ada di mukim ini ialah dua (2) buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah, sebuah klinik kesihatan, sebuah balai polis, sebuah 3 buah perpustakaan desa, sebuah pejabat penghulu dan sebuah kompleks kraftangan.


Kompleks Kraf Tangan Langkawi
Terdapat dua (2) buah hotel yang dibina di sini bertaraf 5 bintang di persisiran kawasan pantai Tanjung Rhu. Selain itu, terdapat sebuah pasar basah awam yang dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Langkawi untuk penduduk di sini memasarkan produk lautan dan hasil tani mereka. Di sini juga terdapat sebuah kilang simen yang mengeksport simen-simen Langkawi ke luar negara dan terdapat sebuah pelabuhan yang pertama dibina di Langkawi bagi membawa kargo-kargo masuk ke Langkawi. Terdapat sebuah mesin atm sahaja dikawasan ini dan tidak terdapat bank dan pejabat pos di kawasan ini. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.