Berita Terkini

Program Bengkel Usahawan – ‘Jom Belajar Deko Kek Bento’

20 July 2022 | Berita Terkini

Tajuk: Program Bengkel Usahawan – ‘Jom Belajar Deko Kek Bento’ Tarikh:  18 Julai 2022 (Isnin) Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat:  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Padang Tara Pusat Ekonomi Digital keluarga Malaysia Kg.Padang Tara telah mengadakan program Keusahawanan ‘Jom Belajar Deco Kek’ bersama usahawan kek ‘Ha Masha’ iaitu Puan Zulaiha. Seramai tujuh orang beliawanis telah mengikuti dengan jayanya program Keusahawanan Deko Kek tersebut. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keusahawanan dengan perniagaan kek dan membantu para peserta untuk menambah pendapatan dengan menjadi usahawan secara... read more

Kisah Kejayaan Celik IT Q2 2022 – Puan Robiah binti Ismail.

22 June 2022 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Q2 2022 – Puan Robiah binti Ismail. Puan Robiah binti Ismail berumur 57 merupakan salah seorang ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Padang Tara. Beliau telah menjadi ahli PEDi selama empat tahun iaitu bermula pada tahun 2019 lagi. Beliau dikenali dengan panggilan Kak Robiah di kalangan rakan -rakan dan komuniti setempat. Beliau merupakan seorang suri rumah dan memegang jawatan sebagai Bendahari dalam organisasi JawatanKuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung Buloh (JPKK). Puan Robiah merupakan salah seorang ahli yang aktif mengunjungi PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan... read more

Program Pertandingan KuizICT & Klik dengan Bijak 2022

21 June 2022 | Berita Terkini

Program: Pertandingan Kuiz ICT & KDB bersama Komuniti 2022- Tarikh: 17 Jun 2022 (Jumaat) Waktu: 10.00 pagi -12.00 tengahari. Pusat Internet Ekonomi Digital Keluarga Malaysia telah mengadakan satu program satu program pertandingan Kuiz ICT dan Kuiz Klik Dengan Bijak. Program ini terbuka kepada komuniti Kampung Padang Tara dan komuniti sekitar. Objektif program ini di adakan ialah untuk menguji pengetahuan dalam penngunaan internet dengan bijak. Selain itu,memberi kesedaran tentang keselamatan internet kepada komuniti. Disamping itu mengeratkan hubungan silaturahim antara PEDi dengan komuniti. Peserta yang ingin menyertai pertandingan dikehendaki menggunakan link yang disediakan melalui hebahan iklan... read more

Program KWSP Mobile Team di PEDI Kampung Padang Tara

11 May 2022 | Info Teknikal

11 April 2022, Isnin – Pihak KWSP Mobile Team telah bekerjasama dengan PEDI Kampung Padang Tara untuk mengadakan program Perkhidmatan KWSP Mobile Team. Program ini melibatkan komuniti di Kampung Padang Tara dan turut dihadiri oleh penduduk kampung sekitar. Program ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP termasuk berkongsi mengenai Perancangan, Persaraan/Kewangan kepada kumpulan sasaran. Di samping itu, Pasukan Mobile Team KWSP juga memberiklan perkhidmatan dan mempromosikan Skim Simpanan Persaraan (I-saraan) dalam usaha untuk menangani masalah ketidakcukupan simpanan persaraan dikalangan rakyat Malaysia. Dengan itu, KWSP memastikan ahli membuat... read more

Program FB Live bersama Usahawan -Tutorial Inai Raya 2022

22 April 2022 | Berita Terkini

Tajuk: Program FB Live bersama Usahawan -Tutorial Inai Raya 2022 Tarikh : 21/04/2022 -10.00 pagi (Khamis) Tempat  : FB page PEDi Kg Padang Tara Pada 21 April 2022 telah berlansung satu program menggunakan menggunakan platform facebook page Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia Kampung Padang Tara iaitu Program bersama Usahawan. Pihak PEDi telah menjemput seorang usahawan ukiran inai yang baru menceburi bidang perniagaan ukiran inai iaitu Puan Nuraini binti Mohamed. Objektif program ini diadakan ialah untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk atau p perkhidmatan yang dijalankan oleh usahawan tersebut.Program ini bermula pada pukul 10.oo pagi yang... read more

SS 1Usahawan Q1- CHINGU VENDOR

27 March 2022 | Profil Usahawan Tempatan

SS : USAHAWAN TEMPATAN Q1 2022 Maklumat Usahawan Nama: Rabiahtul Adawiyah Aniskari (Chingu Vendor Enterprise) Umur: 28 Tahun                                                                 No Telefon: 0111-9412633 Bentuk Perniagaan: Vendor (Pelbagai produk kecantikan,pakaian, tudung , makanan, dan banyak lagi. Puan Rabiahtul menjalankan perniagaan dengan membuka butik Vendor dengan membawa masuk produk peniaga lain. Beliau membuka perniagaan ini pada tahun 2016 dengan tujuan membantu para peniaga kecil-kecilan.Disebabkan minat dalam perniagaan sejak dari... read more

Program Jejak Usahawan Online 2022- PEDi Kg Padang Tara

14 March 2022 | Info Teknikal

09 Mac 2022 (Rabu) - Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Padang Tara telah melaksanakan program bersama komuniti usahawan, iaitu Program Jejak Usahawan Online 2022- PEDi Kg Padang Tara. Kriteria usahawan yang dipilih adalah usahawan yang menjalankan urusan perniagaan secara dalam talian. Antara platform yang digunakan usahawan adalah Whatsapp Bussiness, Instagram, Facebook dan juga Shopee. Program ini adalah bertujuan untuk beramah mesra dan berkenalan dengan para usahawan komuniti Kg Padang Tara dan sekitar PEDi Kg Padang Tara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengetengahkan usahawan tempatan, PEDi Kg Padang Tara berharap agar... read more

Kisah Kejayaan Celik IT Q1 2022 - Nurul Syazwanie binti Salim

18 March 2022 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Q1 2022 – NURUL SYAZWANIE BINTI SALIM Nurul Syazwanie binti Salim, berusia 18 tahun merupakan salah seorang ahli berdaftar Pusat Internet Komuniti Kampung Padang Tara. Beliau baru mendaftar sebagai ahli PIK Kampung Padang Tara pada Januari 2022. Beliau dikenali dengan panggilan Wanie di kalangan rakan-rakan serta guru-guru. Sepanjang tiga bulan menjadi ahli Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung  Padang Tara adik Wanie mendapat banyak tunjuk ajar daripada petugas PEDi  Kampung Padang Tara berkaitan dengan pembelajaran dan pengetahuan bidang IT. Beliau adalah seorang ahli yang aktif menggunakan perkhidmatan... read more

Program Kursus Latihan Pengendali Makanan 2022

07 March 2022 | Berita Terkini

Program: Kursus Latihan Pengendali Makanan bersama Komuniti. Tarikh: 26 Februari 2022 (Sabtu) Waktu: 9.00 pagi -12.30 tengahari.   Pusat Internet Ekonomi Digital Keluarga Malaysia telah mengadakan satu program bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant iaitu Kursus Latihan Pengendali Makanan bersama Komuniti. Program ini berlangsung secara online melalui Zoom pada tarikh yang ditetapkan. Objetikf program ini ialah membantu para peserta memahami cara dan teknik mengendalikan makanan dengan selamat dan teknik pengendalian makanan yang betul. Dalam Kursus tersebut juga diterangkan tentang jenis-jenis penyakit bawaan makanan kerana kelalaian pengendali makanan, tips pengcegahan penyakit, Tanggungjawab dan tugas pengendali... read more

Program FB Live KDB-Maklumat Palsu"Sebar Fakta Bukan Dusta"

20 January 2022 | Berita Terkini

Tajuk: Klik dengan Bijak FB Live: Maklumat Palsu “Sebar Fakta Bukan Dusta” Tarikh: 19 Januari 2022 Tempat: Fb Page PEDi Kg Padang Tara Pada 19 hb December 2021 telah berlansung satu program menggunakan menggunakan platform facebook page Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia Kampung Padang Tara iaitu Program Klik dengan Bijak. Topik yang dikongsikan ialah Maklumat Palsu “Sebar Fakta Bukan Dusta” Selain itu objektif program ini di adakan untuk memberi pengetahuan tentang maklumat palsu,mengenal pasti jenis –jenis berita palsu, dan banyak lagi. Program ini bermula pada pukul 10.30 pagi yang dimulakan dengan kata aluan oleh... read more