Program Pertandingan KuizICT & Klik dengan Bijak 2022

21 June 2022 | Berita Terkini

Program: Pertandingan Kuiz ICT & KDB bersama Komuniti 2022-

Tarikh: 17 Jun 2022 (Jumaat)

Waktu: 10.00 pagi -12.00 tengahari.

Pusat Internet Ekonomi Digital Keluarga Malaysia telah mengadakan satu program satu program pertandingan Kuiz ICT dan Kuiz Klik Dengan Bijak. Program ini terbuka kepada komuniti Kampung Padang Tara dan komuniti sekitar. Objektif program ini di adakan ialah untuk menguji pengetahuan dalam penngunaan internet dengan bijak. Selain itu,memberi kesedaran tentang keselamatan internet kepada komuniti.

Disamping itu mengeratkan hubungan silaturahim antara PEDi dengan komuniti. Peserta yang ingin menyertai pertandingan dikehendaki menggunakan link yang disediakan melalui hebahan iklan yang telah dimasukkan ke dalam media social seperti facebook Pusat Internet, page Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysai (PEDi) dan whatsapp group.

Soalan kuiz menggunakan Google Forms dan Link soalan kuiz akan dimasukkan ke dalam Group Whatsapp dan Page Facebook. Soalan adalah berkaitan dengan Klik dengan Bijak dan ICT. Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan komuniti setempat dan PIK selain dapat mempromosikan kemudahan dan manfaat PIK untuk memaksimumkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta memberi kesedaran kepada komuniti dalam penggunaan internet dengan bijak.

Link Hebahan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdf7nj2cgGDlWxoutm8qLSZAq0LLL-UWP6xXbEQVgJUDc0hsA/viewform

Antara gambar aktiviti :