Kisah Kejayaan Celik IT Q2 2022 – Puan Robiah binti Ismail.

22 June 2022 | Berita Terkini

Kisah Kejayaan Celik IT Q2 2022 – Puan Robiah binti Ismail.

Puan Robiah binti Ismail berumur 57 merupakan salah seorang ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Padang Tara. Beliau telah menjadi ahli PEDi selama empat tahun iaitu bermula pada tahun 2019 lagi.

Beliau dikenali dengan panggilan Kak Robiah di kalangan rakan -rakan dan komuniti setempat. Beliau merupakan seorang suri rumah dan memegang jawatan sebagai Bendahari dalam organisasi JawatanKuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung Buloh (JPKK).

Puan Robiah merupakan salah seorang ahli yang aktif mengunjungi PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan percetakan, komputer, mencari maklumat dan banyak lagi.Beliau selalu menggunkan komputer dalam menyiapkan kunci kira kira dan penyata pendapatan organisasi JPKK Kampung Buloh.Beliau mendapat banyak tunjuk ajar daripada petugas PEDi  Kampung Padang Tara berkaitan dengan pembelajaran dan pengetahuan bidang IT.

Beliau dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru menerusi kelas dan program yang diadakan seperti Kelas Microsoft Word, Youtube, Ms Power Point, Microsoft Paint, dan Program Klik Dengan Bijak.Sebelum menjadi ahli PEDi beliau juga sering menggunakan perkhidmatan yang disediakan PEDi.

Semoga setiap akiviti beliau sertai di PEDi akan memberi pengetahuan yang bermanafaat dalam pembelajaran mahupun pada masa akan datang. Pihak pusat internet berharap dengan adanya kemudahan yang ada ini dapat membantu komuniti setempat terutama golongan berusia mempelajari teknologi dan maklumat internet serta mendorong mereka untuk lebih berjaya pada masa akan datang.