KISAH KEJAYAAN- NAZIRAH MOHD NOOR (NAREZ ENTERPRISE)

25 October 2016 | Kisah Kejayaan

USAHAWAN OKTOBER 2016: Nazirah Mohd Noor (NAREZ ENTERPRISE)

(USAHAWAN IKS- BAKERI ROTI DAN KEK)

 

Pemilik kepada bengkel dan perniagaan Narez Enterprise, Puan Nazirah Mohd Noor ialah seorang usahawan IKS yang berjaya di Kuala Berang. Beliau merupakan penduduk Kampung Padang Tara dan merupakan salah seorang ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg. Padang Tara.  Beliau berusia 37 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Puan Nazirah telah memulakan perniagaan bakeri roti dan kek semenjak dua tahun yang lalu.

Antara produk yang dijual oleh Puan Nazirah ialah roti sosej, roti ‘paung’ Terengganu, kuih tart, serunding, pelbagai jenis kuih muih dan banyak lagi. Puan Nazirah menggunakan medium online dan offline untuk memasarkan produk IKS beliau. Antaranya membuat promosi di Facebook selain menjual sendiri produk IKS beliau di Pasar Tani Kuala Berang dan membuka gerai di Bazar Ramadan Kuala Berang setiap kali tiba bulan Ramadhan. 

Puan Nazirah merupakan usahawan IKS yang sangat aktif di Kuala Berang. Beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Kelab KUIHT dan merupakan AJK Jawatankuasa Pasar Tani Kuala Berang.  

Sebagai salah seorang  daripada  ahli  PI1M  Kg. Padang Tara,  beliau  amat berminat untuk  mengikuti  kelas keusahawanan  yang  diadakan  untuk  para  usahawan. Puan Nazirah telah menghadiri kelas usahawan yang dianjurkan MDEC di PI1M Padang Tara. Selain itu, beliau juga merupakan ahli PI1M Padang Tara dan boleh dikatakan setiap bulan datang ke PI1M Padang Tara untuk menyiapkan laporan kelab dan laporan perniagaan beliau. 

Kesimpulannya, beliau berharap agar pengetahuan pemasaran dan keusahawanan yang telah  beliau  pelajari  dari  PI1M  Kg. Padang Tara  dapat  membantu  dalam  mengembangkan  lagi perniagaan beliau.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk IKS Puan Nazirah boleh hubungi di FB beliau Nazirah Mohd Noor atau dipautan  https://www.facebook.com/profile.php?id=100012062763065&pnref=story