PROGRAM CHEF CILIK- 'FRUIT SALAD'

25 October 2016 | Berita Terkini

Program Chef Cilik diadakan di PI1M Kg Padang Tara bersama komuniti setempat. Para peserta yang terdiri dari pelajar sekolah rendah diajar memasak makanan yang mudah iaitu menyediakan makanan yang sihat 'fruit salad'.

Pihak PI1M Padang Tara menyediakan bahan-bahan seperti salad, epal hijau, epal merah, oren, mayonis, yogurt dan sebagainya. Alatan untuk menyediakan makanan juga disediakan. Program dimulakan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara Pi1M Padang Tara bersama ahli2 serta dapat memupuk minat untuk memasak tidak mengira lelaki atau perempuan. Peserta sangat seronok menyertai program tersebut kerana mereka dapat mempelajari masakan ringkas dan sihat serta dapat merasa air tangan mereka sendiri.