USAHAWAN DISEMBER 2016

29 December 2016 | Kisah Kejayaan

USAHAWAN ONLINE DISEMBER 2016

Nurul Hashimawati binti Mahari berumur 26 tahun merupakan seorang usahawan muda yang baru memulakan perniagaan secara online, berasal dari Kampung Jenagor, Hulu Terengganu. Beliau merupakan lepasan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur dalam bidang Sains Bioperubatan. Sebelum menceburi bidang keusahawanan beliau menjadi guru ganti selama beberapa tahun di beberapa buah sekolah. Beliau mula menceburi bidang keusahawanan dengan menjadi ajen produk kecantikan iaitu Mary Jardin. Produk ini diasaskan oleh seorang doktor perubatan dan baru berada di pasaran selama tiga bulan. Produk Mary Jardin terdiri daripada facial soap, clay mask, face oil dan serum. Produk Mary Jardin ini dihasilkan daripada bahan organik dan bukan daripada bahan kimia. Penggunaan bahan organik dalam produk kecantikan membantu memulihkan semula masalah kulit dan juga mengekalkan kesihatan kulit berbanding dengan produk kecantikan yang berada di pasaran kebanyakannya mengandungi merkuri yang boleh merosakkan kulit dalam jngka masa yang panjang.

            Selain daripada menjadi ajen untuk produk kecantikan , beliau juga mula berjinak jinak dengan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual kueh keria gula melaka. Beliau mendapat idea untuk menjual kueh keria daripada kueh keria antarabangsa dan mencuba untuk menjual. Beliau mempromosikan jualan dan mengambil tempahan melalui medium Facebook, Whatsapp dan Wechat. Penghantaran tempahan dijalankan secara cod (cash on delivery). Jualan secara cod memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu ke kedai untuk membeli makanan dan hanya perlu membuat tempahan secara online.

            Harapan beliau ialah beliau dapat mengembagkan perniagaaan dengan membuka kedai sendiri pada masa akan datang dan dapat memajukan diri sendiri.

Facebook  : Nurul Hashimawati

Instagram : nurul_shimaa

Whatsapp : +6013-5935632