USAHAWAN DISEMBER 2016

29 December 2016 | Kisah Kejayaan

 

Puan Mahani bt Abd Latif berumur 49 tahun berasal dari Kampung Jenagor. Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1967 dan mendirikan rumahtangga pada tahun 1988 dan mempunyai empat orang anak. Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan ketika berumur 30 tahun. Beliau mula berniaga kerana ingin membantu suaminya menambah pendapatan keluarga.

Kuih muih yang dibuat dihantar ke kedai berhampiran di sekitar Kampung Jenagor. Di antara kuih muih yang dijual ialah kuih ketayap, kuih karipap, kuih cek mek, kuih apam dan lain-lain lagi. Beliau juga mengambil tempahan membuat kuih di majlis-majlis tertentu. Beliau mula membuat kuih setiap hari pada waktu pagi dari pukul 4.30 pagi hingga pukul 7.00 pagi dan mula menghantar kuih jualan pada pukul 7.00 pagi. Anak- anak beliau juga banyak membantu untuk membuat kuih yang dijual pada setiap hari.

Beliau berharap dapat mengembangkan perniagaan dengan memiliki kedai sendiri pada masa hadapan.

Sebarang tempahan boleh menghubungi : 019-9924437.