Pelancongan & Rekreasi

1) Memorial Batu Bersuarat , Kampung Buloh
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,(ada berpendapat 1899)
Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.
2.Air Terjun Sekayu
Terletak di dalam
kawasan hutan simpan Hulu Terengganu.Lokasi cuma 16 km dari pekan Kuala Berang
dan kira-kira 40 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.Hutan lipur ini terdapat
sebuah air terjun 3 peringkat yang begitu cantik.Selain terkenal dengan
keindahan,nyaman dan damainya tempat ini,ia juga kaya dengan flora yang
mempunyai khasiat yang bermutu tinggi.Tempat ini juga dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kemudahan para pemgunjung seperti tempat
penginapan,tapak perkhemahan dan pelbagai kemudahan lain untuk mereka yang
berminat dengan aktiviti hutan.
3. Tasik Kenyir.
Tasik Kenyir merupakan
destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir
juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil
pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Tasik Kenyir terletak di
Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala
Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir
juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak
ditenggelami air. Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga
terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang
terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan
air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna
eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai. Dua pintu
masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor. Tasik Kenyir juga
merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Pelbagai
urusan penempahan bot dan tempat penginapan boleh dibuat di Pengkalan
Gawi.