Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) ini merupakan salah sebuah projek kerajaan
dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
dengan perlaksanaannya dilakukan oleh Celcom dibawah program Pemberian
Perkhidmatan Sejagat. Oleh itu, peranan dan kepentingan ialah menyediakan
capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang
mendapat liputan jalur lebar, masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan
latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah
kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan
digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
Selain itu, meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah
meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan
masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
Disamping itu juga, membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang
menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi
pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.Disamping
itu juga PEDi menyediakan kemudahan ialah
fotokopi, Scanner, laminating , kelas ict percuma dan sebagainya.
- Log Masuk
- Daftar Akaun Baru