Berita & Aktiviti Terkini

Usahawan Butik Pakaian : Puan Kasma Binti Sukrie

26 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Kasma Sukrie adalah pemilik sebuah butik pakaian yang mana menjual pelbagai jenis pakaian seperti Jubah, Baju Kurung, Blouse dan lain-lain dan assesori wanita. Selain itu tudung-tudung juga boleh didapati di kedai beliau seperti tudung bawal dan selendang. Beliau menggunakan sosial media seperti whatapps dan facebook untuk mepromosi produk beliau. Butik Pakaian ini letaknya di bangunan sedco Kampung Paris 3. Butik ini beroperasi setiap hari seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Sekiranya Ingin maklumat lanjut mengenai beliau bolehlah menghubungi beliau dinombor 01119025575. ... read more

Pertandingan Mewarna Kolam Sempena Hari Deepavali

25 October 2017 | Berita Terkini

Selasa, 26 Oktober 2017 – Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Paris 3 telah mengadakan Pertandingan Mewarna Kolam Sempena Hari Deepavali. Seramai 18 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program bermula pada jam 2.00 petang, di antara pengisian program ialah sesi pendaftaran para peserta dan taklimat Advokasi iaitu mengenai Online Grooming. Kemudian program diteruskan dengan pertandingan mewarna kolam menggunakan Microsoft Paint, kriteria dinilai dari segi kekemasan, kecantikan dan masa terpantas program berakhir pada jam 4.00 petang. ... read more

Program Bengkel DIY

25 October 2017 | Berita Terkini

Selasa, 24 Oktober 2017 – Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Paris 3 telah mengadakan bengkel DIY menghasilkan sesuatu seperti perhiasan, kotak hadiah dan sebagainya daripada barangan terpakai seperti kotak dan botol. Objektif aktiviti ini adalah untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran tentang perlindungan alam sekitar melalui aktiviti kerja tangan di samping mengamalkan konsep 3R –kurangkan, guna semula dan kitar semula. Seramai 15 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program bermula pada jam 2.00 petang, di antara pengisian program ialah sesi pendaftaran... read more

Kisah Kejayaan - Rahimah Binti Asbullah

28 September 2017 | Kisah Kejayaan

Rahimah binti Asbullah merupakan pelajar lepasan Tingkatan 6 di Smk Bukit Garam dan tinggal di Kg Paris 3, Saudari Rahimah merupakan ahli terawal mendaftar menjadi Ahli Pusat internet. Beliau juga merupakan ahli yang aktif mengunakan perkhidmatan  internet dan juga prkhidmatan printer uuntuk mencari maklumat pencarian pekerjaan. Sebelum ini saudari Rahimah tidak mahir menggunakan komputer tapi kini beliau boleh mengunakan komputer dengan sebaiknya. Saudari Rahimah juga merupakan orang terawal yang mengikuti program Smart Learning kolaborasi bersama Universiti Sains Malaysia dan beliau telah lulus dengan cermerlang. Semoga dengan ilmu yang telah dipelajari oleh... read more

Program Advokasi (KDB) Bersama Smk Sepagaya Lahad Datu 2017

28 September 2017 | Berita Terkini

                  26 September 2017, Selasa telah berlangsung Program Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertempat di Smk Sepagaya. Seramai 69 orang pelajar sekolah Menengah yang mengikuti program tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi. Program ini bertujuan memberikan maklumat dan panduan tentang keselamatan pengunaan di internet.             Di antara pengisian program antaranya pengenalan pusat internet 1 Malaysia yang mana terdapat beberapa pusat internet disekitar Lahad Datu yang boleh dikunjungi oleh komuniti setempat. Para peserta diberikan pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan menggunakan internet dan juga cara menangani sekiranya berlaku... read more

Program Pameran PI1M di Pesta Damas 2017

28 September 2017 | Berita Terkini

23-24hb September 2017, telah berlangsung Pesta Damas 2017 yang bertempat di Dataran Pekan Baru Sukau, Kinabatangan. Program ini merupakan tahun ketiga pengajuranya bermula pada tahun 2015 dan 2016. Pesta Damas ini merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) dalam memartabatkan kebudayaan masyarakat Orang Sungai khususnya di Daerah Kinabatangan. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Zakaria Bin Mohd Edris selaku Pembantu Menteri II Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.  Pusat Internet 1 Malaysia Kg Paris 3 bersama 5 buah Pusat Internet 1 Malaysia daerah Kinabatangan yang lain iaitu Pi1m... read more

Usahawan Restoran : Paris Corner

28 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Andi Suriani Merupakan pemilik Restoran Paris Corner yang terletak di Kg Paris 3, Restoran yang letaknya berdekatan jalan raya utama sandakan lahad datu mudah unutk dikunjungi. Restoran ini yang diusahakan oleh Beliau dan di bantu oleh beberapa orang pekerja sejak beberapa tahun yang lalu. Pelbagai jenis makanan yang boleh di dapati di restoran ini seperti nasi kukus, mee goreng dan sebagainya. Masa beroperasi kedai beliau seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 Petang. Sekiranya ingin maklumat lanjut bolehlah menghubungi beliau ditalian 019-8836776. ... read more

Program Bersara, Berjaya & Bergaya

27 September 2017 | Berita Terkini

Khamis, 21 September 2017 – Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Paris 3 telah mengadakan Program mengenai pengurusan kewangan peribadi. Seramai 7 orang peserta dan seorang penceramah jemputan iaitu Puan Hana Suluk selaku Penasihat Kewangan dari Public Mutual Berhad. Di antara pengisian program, dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta pada jam 9.00 pagi, setelah itu taklimat Advokasi iaitu mengenai maklumat palsu. Kemudian program diteruskan dengan program utama iaitu Bersara, Berjaya & Bergaya ini adalah mengenai perancangan pengurusan belanjawan diri dan keluarga untuk membina kewangan yang kukuh. Para peserta program juga diberi penerangan... read more

Program Hari malaysia

27 September 2017 | Berita Terkini

19 September 2017, Selasa telah berlangsung Program Sambutan Hari Malaysia yang bertempat di PI1M Kg. Paris 3. Seramai 16 orang pelajar sekolah yang mengikuti program tersebut bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Program ini bertujuan bagi menyemarakan semangat cintakan negara kepada setiap peserta yang hadir.             Di antara pengisian program ialah program Advokasi Klik Dengan Bijak (Panduan Keselamatan Di Internet), dimana para peserta diberikan pendedahan mengenai langkah-langkah keselamatan menggunakan internet. Kemudian, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan dikehendaki mencipta nama dan ‘tagline’ kumpulan yang paling... read more

Usahawan Peruncitan & Kacang Viral Meletop : Puan Hjh Suriani Binti Ambang

26 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Hjh Suriani Binti Ambang Merupakan pengusaha Kedai Runcit yang ada di Kg Paris 1, Kedai Runcit yang terletak dekat jalan mudah untuk dikunjungi. Kedai Runcit yang diusahakan oleh Puan Hjh Suriani dan suami sejak 1 tahun yang lalu. Pelbagai jenis barangan untuk keperluan harian boleh didapati di kedai ini. Selain itu bahan sejuk beku seperti daging ayam,sosej & bebola daging bole di dapati di kedai runcit ini. Masa beroperasi kedai beliau seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 Petang. Selain itu juga beliau menjual Kacang Viral Meletop secara dalam talian dan juga... read more

lagi berita & aktiviti