Kuiz Ihya Ramadan & KDB

23 April 2022 | Berita Terkini

 

PEDi Kg Paris 3 telah mengadakan kuiz Ihya Ramadan dan KDB pada 13 April 2022 secara dalam talian menggunakan laman media sosial facebook dan whatsapp PEDi Kg Paris 3. Program yang disertai seramai 25 orang peserta ini diadakan sempena mengimarahkan bulan Ramadan pada setiap tahun. Aktiviti kuiz ini diadakan bagi menguji dan memberikan ilmu pengetahuan bekenaan pelbagai topik sempena menyambut “Bulan Ramadan” dan turut disertakan kuiz Klik dengan Bijak yang bertajuk maklumat palsu. Semoga program sebegini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada peserta.