Pertandingan Ucapan/kata-kata mutiara sempena Hari Ibu

24 May 2022 | Berita Terkini

Pada  17 Mei 2022 bersempena dengan Hari Ibu yang pada kebiasaannya disambut pada bulan Mei setiap tahun, PEDi Kg Paris 3 juga mengambil kesempatan dengan mengadakan pertandingan ucapan/kata-kata mutiara yang diadakan secara dalam talian menggunakan laman media sosial facebook dan whatsapp PEDi Kg Paris 3. Program yang disertai seramai 20 orang peserta ini diadakan bagi menunjukkan rasa sayang serta penghargaan terhadap seseorang yang bergelar ibu. Turut disertakan kuiz Klik dengan Bijak yang bertajuk permainan dalam talian. Semoga program sebegini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada peserta.