Program Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)

24 May 2022 | Berita Terkini

PEDi telah mengadakan kuiz KDB (Maklumat Palsu) pada 21 Mei 2022. Program ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan secara dalam talian menggunakan laman media sosial facebook dan whatsapp PEDi Kg Paris 3. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan perlindungan diinternet. Semoga dengan program sebegini dapat mewujudkan persekitaran internet yang selamat.