Program Kuiz Alam Sekitar

25 June 2022 | Berita Terkini

Pada  21 Jun 2022 bersempena dengan Hari Alam Sekitar sedunia yang pada kebiasaannya disambut pada bulan Jun setiap tahun, PEDi Kg Paris 3 juga mengambil kesempatan dengan mengadakan pertandingan kuiz alam sekitar yang diadakan secara dalam talian menggunakan laman media sosial facebook dan whatsapp PEDi Kg Paris 3. Program yang disertai seramai 32 orang peserta ini diadakan bagi tujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagai semangat cintakan alam sekitar. Turut disertakan kuiz Klik dengan Bijak yang bertajuk E-sisa. Semoga program sebegini dapat dimanfaatkn oleh setiap peserta agar mencintai alam sekitar.