Kuiz KDB Oversharing

28 July 2022 | Berita Terkini

PEDi telah mengadakan kuiz KDB yang bertajuk Oversharing (Terlebih Kongsi) pada 27 Julai 2022. Program ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan secara bersemuka dan dalam talian menggunakan laman media sosial facebook dan whatsapp PEDi Kg Paris 3. Seramai 26 peserta yang menyertai kuiz ini. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang perkongsian di dalam media sosial secara tidak berhemah dan boleh membahayakan keselamatan diri dan maklumat peribadi dicuri orang. Semoga dengan program sebegini dapat mewujudkan kesedaran tentang perkongsian di media sosial perlulah dihadkan dan maklumat perlulah disiasat terlebih dahulu sekiranya sahih ataupun tidak barulah boleh dikongsi.