Mengenai Pusat Internet

MENGENAI PUSAT INTERNET

 

Pusat Internet  yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) Merupakan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), CELCOM dan NUSUARA Technologies Sdn. Bhd. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek Pusat Internet, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.

Di samping itu, Pusat Internet ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain Pusat Internet memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan Pusat Internet turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online.

Pusat Internet Kg Paris 3, Kota Kinabatangan  mula di buka kepada orang ramai  pada 17hb April 2015. Selain itu, Pusat Internet ini juga menyediakan kemudahan broadband terpantas di daerah kinabatangan dengan kelajuan di antara 3Mbps - 7Mbps. Pendaftaran Ahli hanya dengan kadar serendah RM5.00 untuk 5 tahun keahlian  beserta dengan kelas IT dan komputer secara PERCUMA.    



PERKHIDMATAN ( PENGGUNAAN INTERNET / KOMPUTER)

  1. Ahli PI1M - RM1.00/ Jam 
  2. Bukan Ahli PI1M - RM2.00/Jam
  3. PERCUMA kepada pelajar, warga emas dan OKU (Tertakluk terma dan syarat).



KEMUDAHAN LAIN

  1. Wi-Fi
  2. Mencetak (Printing)
  3. Pengimbas (Scanning)
  4. Laminate (Laminating)
  5. Fotokopi (Photocopy)



KELAS ICT / KOMPUTER

  1. Latihan ICT - Terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, dewasa dan warga Emas.
  2. Latihan Keusahawanan - Terbuka kepada usahawan kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, dewasa dan warga Emas.



MASA OPERASI

  • Isnin hingga Ahad ( Kecuali cuti umum)
  • Jam 8.00 pagi - Jam 5.00 petang
  • Jam 12.00 tengahari - jam 1.00 tengahari (Rehat)



MAKLUMAT KOMUNITI KG PARIS 3



Menurut Sumber tempatan, Asal Usul kampung Paris bermula pada tahun 1976 dan merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas 1 iaitu Hutan Simpan Koyah dan Hutan Simpan CJS Sundang yang terdapat di daerah Kinabatangan. Dalam tahun tersebut  seramai 10 orang penduduk tempatan yang di ketuai oleh Tuan Haji Tujoh( Ibrahim) Bin Silabi  telah membentuk satu Jawatankuasa Kemajuan Kampung bagi membuat permohonan kepada kerajaan Negeri Sabah mengenai pembukaan kawasan baru. Mesyuarat kali pertama jawatankuasa ini pada 23hb April 1977. Dengan Keluasan sebanyak 3000 ekar (fasa 1) dan populasi penduduk hanya seramai 145 orang, JKK telah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pemerintah kerajaan Negeri Sabah pada waktu itu untuk membuka penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Paris secara rasmInya telah di buka pada 15hb Jun 1977. 

Nama kampung paris adalah merupakan ilham daripada isteri JKK yang selaku pengasas kampung  iaitu puan Itama Binti Otoh. PARIS kemudiannya di terjemahkan melalui singkatan daripada:-

 

Huruf P : Perkampungan

Huruf A : Anak

Huruf R : Rakyat

Huruf I  : Islam

Huruf S : Sabah

 

Yang Mana membawa Kampung ini di diami seramai 95% penduduk beragama Islam dan Selebihnya daripada agama lain. Pada Masa Kini Kampung Paris telah melalui fasa ke-3 dan Paris telah di ikhtiraf menjadi mukim yang dikenali sebagai Mukim Paris dengan pertambahan 6 buah kampung menjadi 7 buah kampung kesemuanya. Kampung Paris 3 merupakan antara kampung yang tergolong dalam Mukim Paris. 





MAKLUMAT PUSAT INTERNET & KOMUNITI KAMPUNG PARIS 3

 

Lokasi

Kampung Paris 3

Daerah

Kota Kinabatangan

Negeri

Sabah 

Populasi

815 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Kelapa Sawit) dan Perniagaan Kecil-kecilan (Kedai Runcit dan Kedai Makan)

Jumlah Keahlian

(setakat 01 September 2020)

 785 Orang Ahli

Lat/Long Pusat Internet

 5.2504340 / 118.0544158

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

 17hb April 2015

 

 

 

Maklumat Pengurusan

Pusat Internet

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pengurus

Name: Sh Noraidah Binti Sh Mislin

Email: noraidah@celcom1cbc.com

No Telefon: 01151653234

 

Penolong Pengurus

Nama: Suriwati Binti Biru

Email: suriwati@celcom1cbc.com

No Telefon: 014-6767769

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg-paris-3

Facebook

https://www.facebook.com/pusatinternetkgparis3

Email Pusat Internet

Pusatinternetkgparis3@gmail.com

Youtube Pusat Internet

Pusat Internet Kg Paris 3

 

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITAR KG PARIS 3.



1. Sukau Greenview Bed & Breakfast  (Contact no: 089-212 912/013-869 6922)

   Sukau Greenview Bed & Breakfast merupakan salah sebuah kawasan pelancongan yang sering mendapat kunjungan daripada penggemar hutan hijau daripada luar mahupun pengunjung tempatan. Tempat ini terletak dikawasan Sukau Kinabatangan berhampiran dengan Sungai Kinabatangan. Tempat ini merupakan kawasan hutan hijau yang mengandung pelbagai flora dan fauna yang masih dipelihara secara berterusan oleh pihak kerjaan Sabah.  Ini merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk terus melestarikan hutan hijau negeri ini walaupun Sabah telah lama dilanda fenomena pembangunan drastik dalam bidang perladangan terutamanya kelapa sawit. Perjalanan ke Sukau Greenview Bed & Breakfast mengambil masa lebih kurang 30 minit bermula daripada simpang laluan utama Sandakan – Lahad Datu, laluan ke kawasan ini juga telah dinaik taraf sejak beberapa tahun yang lalu. Hal ini memudahkan lagi pengunjung untuk sampai ke tempat ini dengan masa yang singkat dan selamat.



2. Muzium Agop Batu Tulug. (Contact no: 60 89-565 145/60 89-551 062.)

    Muzium Agop Batu Tulug merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan batu kapur Labang yang berusia 20 hingga 25 juta tahun dahulu. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama,  iaitu  Agop Suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing  dengan  ketinggian antara 12 hingga 15 meter. Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu balak di Agop Batu Tulug yang berusia 700 hingga 900 tahun dahulu. Keranda-keranda tersebut diperbuat daripada jenis kayu keras seperti belian dan merbau. Keunikan keranda-keranda tersebut adalah berdasarkan motif-motif figura haiwan seperti kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian kepala manakala motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda. Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia. Muzium ini terletak dipinggir laluan utama Sandakan – Lahad Datu, papan tanda dan juga gua tersebut sudah dapat dilihat daripada luar kawasan muzium. Oleh itu, untuk sampai ke kawasan ini tidaklah begitu sukar bagi pengunjung-pengunjung.



3. Kopel Home Stay & Kopel Centre. (Contact no: 010-5816163/014-6746679)

   Tempat ini merupakan Jeti yang dibina oleh sebuah koperasi yang dikenali sebagai Kopel. Tempat ini telah menjadi persinggahan kepada pengguna-pengguna laluan air sungai kinabatangan terutamanya penduduk sekitar. Memanangkan ianya terletak dikawasan sungai Kinabatangan dan juga berhampiran dengan kawasan hutan simpan rizab kerajaan telah menjadi tarikan kepada pelancong untuk sentisa berkunjung  ditempat berkenaan. Selain daripada itu, jeti ini juga terkenal dengan menu makanannya iaitu nasi payau dan juga undang galah. Hal ini demikian kerana, kawasannya yang dikelilingi oleh hutan dan juga sungai kinabtangan yang menyimpan pelbagai hasil makanan terutamanya yang menjadi kegemaran penduduk sekitar dan pelancong iaitu udang galah dan juga daging payau.



4. Hjh Yanong Enterprise ( Pengusaha makanan sejuk beku berjaya Paris 3 Contact no: 012-8658747)

   Hjh Yanong Enterprise merupakan pengusaha makanan sejuk beku berjaya di Kg Paris 3. Kilang memproses makanan sejuk beku beliau juga terletak di kawasan berhampiran rumah beliau, hal ini memudahkan lagi penduduk setempat untuk mendapatkan produk keluaran beliau. Antara makanan-makanan sejuk beku yang dihasilkan dikilang beliau adalah seperti meatball, sosej dan lain-lain. Beliau menjadi tumpuan orang ramai selepas berjaya menghasilkan produk pertamanya iaitu meatball hasil buatan sendiri dan telah dijenamakan menggunakan nama syarikat beliau sendiri. Selepas daripada itu, kilang dan tempat penyimpanan makanan sejuk beliau telah menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pengusaha-pengusaha makanan yang berada disekitarnya dan termasuk yang berada diluar kawasan Kinabatangan.



5. Kui-Kui Homestay ( Pengusaha Homestay di Kampung Paris 1 Contact no: 013-5455647)

  Kui- Kui Homestay diusahakan oleh Puan Yume Binti Mardane yang mana homestay tersebut berkonsepkan keluarga angkat yang mana penginap tinggal bersama seperti sebuah keluarga  .Homestay ini juga menyediakan tempat tinggal dan menu ala-ala kampung kepada penginap. Penginapan untuk satu malam di homestay ini sebanyak RM50 perseorangan dewasa manakala Kanak-kanak RM25 untuk satu malam. Homestay ini lebih kepada pengunjung dari luar negara yang datang melancong ke Kinabatangan yang mana ingin mengenali dan mempelajari budaya bangsa yang ada di Kinabatangan selain daripada melihat kawasan pelancongan di daerah Kinabatangan ini.