Ekonomi dan Keusahawanan



MAKLUMAT EKONOMI

Ekonomi:


1)Mini Market

- Terdapat sebuah mini market Nurul Syafikah yang menawarkan barangan keperluan harian penduduk Kampung Paris, Masa operasi jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

 

2)Kedai Runcit

- Kedai Runcit sebanyak 18 buah di sekitar Kg Paris 3 yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian pendududk. Masa Operasi sekitar jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam.


3)Restoran

- Terdapat 7 buah restoran di sekitar Kg Paris 3, yang menyediakan makan halal seperti Restoran Bone, Restoran Jaya, Paris Corner, Restoran Hajirah Dan Restoran Paris 3. Restoran ini menyediakan makanan nasi campur dan juga makanan yang dipesan seperti nasi goreng, mee goreng, Bakso, Nasi lalap, Sup Tulang dan lain-lain.


4)Gerai Kuih-Muih

- Terdapat 10 gerai yang menjual kuih muih seperti pisang goreng, karipap mee, martabak jawa, donat, dan lain-lain.


5)Bengkel Motor

- 2 Buah bengkel Motor yang berada di sekitar Kg Paris 3.


6) Pengiriman Wang

- Terdapat sebuah tempat pengiriman wang ke luar negara seperti indonesia dan philippine.


7)Butik Pengantin & Salon Rambut

- Sebuah Butik pengantin dan 4 salon rambut yang terdapat di sekitar kampung paris 3.


Pertanian:

1)Kelapa Sawit
-Kelapa sawit merupakan sumber ekonomi utama penduduk kampung paris 3.

2) Buah-buahan
- Buah-Buahan tempatan seperti durian, langsat, rambutan, pisang dan lain-lain juga menjadi sumber ekonomi penduduk setempat. 


Keusahawanan: 


Sebahagian Usahawan Kg. Paris 3

1. Hjh Yanong Enterprise ( Pengusaha makanan sejuk beku berjaya Paris 3 Contact no: 012-8658747)

Hjh Yanong Enterprise merupakan pengusaha makanan sejuk beku berjaya di Kg Paris 3. Kilang memproses makanan sejuk beku beliau juga terletak di kawasan berhampiran rumah beliau, hal ini memudahkan lagi penduduk setempat untuk mendapatkan produk keluaran beliau. Antara makanan-makanan sejuk beku yang dihasilkan dikilang beliau adalah seperti bebola daging(meatball), sosej dan lain-lain.

Beliau menjadi tumpuan orang ramai selepas berjaya menghasilkan produk pertamanya iaitu meatball hasil buatan sendiri dan telah dijenamakan menggunakan nama syarikat beliau sendiri. Selepas daripada itu, kilang dan tempat penyimpanan makanan sejuk beliau telah menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pengusaha-pengusaha makanan seperti restoran yang berada disekitarnya dan termasuk yang berada diluar kawasan Kinabatangan.


2. Kui-Kui Homestay ( Pengusaha Homestay di Kampung Paris 1 Contact no: 013-5455647)

Kui- Kui Homestay diusahakan oleh Puan Yume Binti Mardane yang mana homestay tersebut berkonsepkan keluarga angkat yang mana penginap tinggal bersama seperti sebuah keluarga  .Homestay ini juga menyediakan tempat tinggal dan menu ala-ala kampung kepada penginap.

Penginapan untuk satu malam di homestay ini sebanyak RM50 perseorangan dewasa manakala Kanak-kanak RM25 untuk satu malam. Homestay ini lebih kepada pengunjung dari luar negara yang datang melancong ke Kinabatangan yang mana ingin mengenali dan mempelajari budaya bangsa yang ada di Kinabatangan selain daripada melihat kawasan pelancongan di daerah Kinabatangan ini.






© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.