Maklumat Tempatan
Organisasi Kampung
Ketua Kampung :
En. Nasyir Bin Tonop
Pengerusi MPKK : En. Burhanuddin Bin Abu
Imam Masjid : En. Hj. Amran Bin Nasir
Sejarah Kampung
Menurut sumber tempatan, asal usul
Kampung Paris bermula pada tahun 1976. Pada asalnya kawasan ini merupakan
kawasan Hutan Simpan Kelas 1 iaitu Hutan Simpan Koyah dan Hutan Simpan CJS
Sundang yang terdapat di daerah Kinabatangan. Dalam tahun tersebut, seramai 10
orang penduduk tempatan yang diketuai
oleh Tuan Haji Tujoh (Ibrahim) Bin Silabi telah membentuk satu Jawatankuasa
Kemajuan Kampung(JKK) bagi membuat permohonan kepada kerajaan Negeri Sabah
mengenai pembukaan kawasan penempatan baru untuk penduduk tempatan di kawasan
tersebut. Berpandukan BUKU MERAH KAMPUNG NEGERI SABAH pada waktu itu,
jawatankuasa ini telah memulakan mesyuarat kali pertama pada 23 April 1977.
Dengan
keluasan sebanyak 3000 ekar (fasa1) dan populasi penduduk hanya seramai 145
orang, JKK telah mendapat kebenaran dan kelulusan darpada pemerintah kerajaan
Negeri Sabah pada waktu itu untuk membuka penempatan baru yang di kenali
sebagai Kampung Paris secara rasminya telah dibuka pada 15hb Jun 1977 dan telah
dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah merangkap Pegawai Daerah pada masa itu
iaitu Encik Mohd.Zinin, dengan kerjasama Pegawai Pembangunan Masyarakat N29
Sukau Encik Sairin Moyang.
Nama Kampung
paris adalah merupakan ilham daripada isteri Pengerusi JKK yang selaku pengasas
kampung pada masa itu iaitu Puan Hajjah Itamah Binti Otoh. PARIS kemudiannya
telah diterjemahkan melalui singkatan daripada:-
Huruf P : Perkampungan
Huruf A : Anak
Huruf R : Rakyat
Huruf I : Islam
Huruf S : Sabah
Yang mana membawa maksud bahawa kampung ini didiami seramai
95% penduduk beragama islam dan selebihnya adalah daripada agama lain. Pada
masa kini, pembangunan Kampung Paris telah melalui fasa ke-3 dan Paris telah di
ikhtiraf menjadi 1 mukim yang digelar sebagai Mukim Paris dengan pertambahan 6
buah kampung menjadi 7 buah kampung kesemuanya. Kampung Paris 3 merupakan
antara kampung yang tergolong dalam Mukim Paris.
Motto Kampung
“Cemerlang Dan Berwawasanâ€