Berita & Aktiviti Terkini

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI (PEMERIKSAAN MATA SECARA PERCUMA)

25 September 2017 |

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI (PEMERIKSAAN MATA SECARA PERCUMA) Tarikh: 25 September 2017 (Isnin) Masa: 10.00 am - 2.30 pm Tempat: PI1M Kampung Pasir Raja Program Khidmat Komuniti merupakan program anjuran PI1M  bersama sebuah syarikat bumiputera islam (PECO) dengan kerjasama Mini RTC Pasir Raja. Program ini menawarkan khidmat pemeriksaan mata secara percuma untuk penduduk  sekitar PI1M Kg Pasir Raja. Selain pemeriksaan, khidmat nasihat penjagaan mata juga turut dilakukan oleh pihak PECO. Pihak PECO juga turut menawarkan diskaun untuk pembelian cermin mata sepanjang program tersebut.Program ini adalah sebagai usaha pihak PI1M menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada penduduk kampung dengan kerjasama pihak NGO. Program... read more

KISAH KEJAYAAN “CELIK IT SEPTEMBER 2017”

12 September 2017 |

KISAH KEJAYAAN “CELIK IT SEPTEMBER 2017” NAMA: SITI AISYAH BINTI KAMARUDDIN UMUR: 13 TAHUN PENDIDIKAN: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIAN MAS                                          Siti Aisyah atau lebih dikenali sebagai adik Aisyah berusia 13 tahun merupakan pelajar tingkatan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas. Adik Aisyah mula menjadi ahli Pi1M sekitar april 2016. Pada mula-mulanya, beliau hanya menggunakan komputer secara asas sahaja bersama adik dan kawan-kawan beliau. Kemudian, Adik Aisyah mula mengikuti setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet bersama rakan-rakannya. Adik... read more

KISAH KEJAYAAN “ENTREPRENEUR SEPTEMBER 2017”

12 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN: SITI HAZLIANA BINTI ZULKIFLI PERNIAGAAN: KEDAI RUNCIT & KEDAI MAKAN (DAYANA SUCI ENTERPRISE)                                             Siti Hazliana binti Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Kak Na berusia 36 tahun dan berasal dari Kampung Shukor, Dungun, Terengganu merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 5 orang anak. Beliau menolong suami beliau menjaga kedai runcit secara kecil-kecilan pada tahun yang 2015. Kedai beliau dibuka setiap hari dimana pelbagai jenis barang keperluan dapur ada dijual di gerai beliau. Gerai... read more

PROGRAM MOH NGETEH MERDEKA @ NEGARAKU SEHATI SEJIWA

12 September 2017 |

PROGRAM MOH NGETEH MERDEKA @ NEGARAKU SEHATI SEJIWA Tarikh: 11 September 2017 (Isnin) Masa: 8.30 am - 12.30 pm Tempat: Dataran Kejat Kg Pasir Raja Program Moh Ngeteh Merdeka merupakan program anjuran KKLW yang mana di sambut serentak di seluruh negara. Program ini adalah simbolik kepada semangat kemerdekaan dalam kalangan warga kementerian berkenaan, selain menunjukkan semangat solidariti mereka untuk sama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara. Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KETENGAH telah menganjurkan program tersebut di Kampung Pasir Raja untuk penduduk... read more

PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN

30 August 2017 |

PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN Tarikh: 30 Ogos 2017 (Rabu) Masa: 9.00 am - 1.00 pm Tempat: Balairaya Kampung Pasir Raja Program Semarak Kemerdekaan merupakan program anjuran PI1M Pasir Raja bersama Mini RTC Pasir Raja kepada komuniti sekitar Kg Pasir Raja. Antara peserta yang menyertai program ini ialah kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah, ibubapa, guru-guru dan komuniti sekitar. Program ini adalah salah satu platform mendekatkan komuniti dengan PI1M. Program ini diadakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 60. Kehadiran lebih 40 orang memeriahkan program ini. Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung. Dengan tema "Negaraku Sehati Sejiwa" , pertandingan yang diadakan... read more

PROFIIL USAHAWAN TEMPATAN OGOS 2017

25 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

PROFIL USAHAWAN TEMPATAN                                                          Nama : Zaitum Abas Umur: 45 Tahun Pekerjaan: Tukang Masak & Suri Rumah Barang Perniagaan : Peniaga Warung Kedai Kopi & Tukang Masak Jantina : Perempuan Lokasi & Alamat Perniagaan : Kampung Pasir Raja, 23000 Dungun, Terengganu Zaitum Abas merupakan seorang suri rumah dan tukang masak. Sebelum ini beliau merupakan tukang masak bagi asrama Sekolah Kebangsaan Pasir Raja. Selepas habis kontrak, beliau mula berkerja sebagai tukang masak di sebuah tempat di... read more

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

23 August 2017 |

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN Tarikh: 23 Ogos 2017 (Rabu) Masa: 9.00 am - 1.00 pm Tempat: PI1M Pasir Raja Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak merupakan program anjuran PI1M Pasir Raja bersama Mini RTC Pasir Raja kepada kanak-kanak sekitar komuniti Kg Pasir Raja. Antaranya ialah pelajar sekolah dari Pra-Sekolah Kebangsaan Pasir Raja, Pra-Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor, Tadika Kemas Kampung Pasir Raja dan Taska Permata Kemas Kampung Shukor. Program ini adalah salah satu platform mendekatkan kanak-kanak dengan PI1M. Program ini diadakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 60. Kehadiran lebih 40 orang pelajar dan guru-guru memeriahkan pertandingan mewarna ini. Tujuan: Mengeratkan hubungan silaturrahim... read more

KISAH KEJAYAAN “ENTREPRENEUR JULAI 2017”

31 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN: MOHD JUSWIRA BIN ISMAIL ALI MUDA PERNIAGAAN: BENGKEL MOTOSIKAL                                                         Mohd Juswira bin Ismail Ali Muda atau lebih dikenali sebagai Wira berusia 28 tahun dan merupakan belia dan remaja di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Beliau merupakan pekerja didalam bidang perkapalan. Namun begitu, beliau turut membuka perniagaan sampingan secara kecil-kecilan iaitu bengkel motosikal pada tahun lalu. Dengan kemahiran dan minat yang ada, beliau mula membuka ruang... read more

PROGRAM KESEDARAN KDB DAN ADVOKASI

31 July 2017 |

PROGRAM KESEDARAN KDB DAN ADVOKASI  Tarikh: 28 Julai 2017 (Jumaat) Masa: 2.15 pm - 4.15 pm Tempat: PI1M Pasir Raja Projek Kesedaran Klik Dengan BIjak (KDB) dan advokasi merupakan program anjuran PI1M Pasir Raja kepada ahli PI1M dan penduduk sekitar PI1M. Program ini adalah salah satu platform mendekatkan hubungan di antara PI1M dengan komuniti terutama ahli Pi1M. Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran dan kepentingan ICT di kalangan peserta. Tujuan: Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara PI1M dan komuniti. Memupuk kesedaran dan kepentingan ICT serta keselamatan penggunaan internet di kalangan peserta. Mempelajari cara-cara menggunakan teknolgi dan internet dengan selamat dan bijak. Aktiviti Program: Sesi penerangan program dan KDB. Penerangan advokasi... read more

Jamuan Raya & Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Gambar Hari Raya Paling Kreatif 2017

22 July 2017 |

PERTANDINGAN GAMBAR HARI RAYA PALING KREATIF 2017 & KDB Pertandingan gambar hari raya paling kreatif merupakan program anjuran kali kedua oleh PI1M Pasir Raja kepada komuniti sekitar. Program ini adalah sebahagian daripada usaha Pi1M untuk mendidik masyarakat menggunakan rangkaian internet / smartphone dengan lebih berhemah dan bijak serta untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dengan Pi1M selain untuk tujuan promosi Pi1M. Turut diselitkan kempen Klik Dengan Bijak (KDB) kepada semua peserta yang menyertai. Gambar peserta yang menyertai pertandingan ini dikongsikan di facebook Pusat Internet 1 Malaysia - Kg Pasir Raja, Pemilihan pemenang berdasarkan gambar... read more

lagi berita & aktiviti