PROGRAM KDB BERSAMA TABIKA PASIR RAJA

26 October 2016 |

Program KDB bersama Tabika Pasir Raja telah diadakan di pada 25 Oktober 2016 (selasa) yang lalu. Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar kanak-kanak tabika tentang cara penggunaan komputer dan internet dengan bijak dan selamat. Lebih kurang 17 orang kanak-kanak diiringi 3 orang guru hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia bagi mendekati penggunaan internet di kalangan mereka. Program bermula jam 11.00 pagi dengan pengenalan asas komputer kepada kanak-kanak.

                                                                                          

Selepas memahami serba sedikit peralatan dan fungsinya, kanak-kanak tabika mempelajari huruf dan nombor menerusi website "education games for kids" http://www.abcya.com/. Melalui website ini, kanak-kanak lebih mengenal huruf dan nombor dengan menulis semula huruf dan nombor. Selain itu, pembelajaran ini dapat mengajar kanak-kanak tabika menggunakan tetikus dengan betul.

      

          

                                                                                                               Pembelajaran melalui website "education games for kids" http://www.abcya.com/

Kanak-Kanak tabika juga turut mempelajari mewarna secara online menerusi website http://www.online-coloring.com/. Melalui pembelajaran ini, pelajar lebih mengenal pelbagai jenis warna.

                                                                                                                                                    Mewarna secara online

Dengan adanya program ini, kanak-kanak lebih memahami penggunaan komputer dan internet dengan betul serta lebih mengenal huruf dan nombor.