PROGRAM KDB BERSAMA TASKA KEMAS KG SHUKOR

11 November 2016 |

Program KDB bersama Taska Kemas Kg Shukor telah diadakan di pada 10 November 2016 (khamis) yang lalu. Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar kanak-kanak taska tentang cara penggunaan komputer dan internet dengan bijak dan selamat. Lebih kurang 6 orang kanak-kanak diiringi 3 orang guru hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia bagi mendekati penggunaan internet dan lebih mengenal asas komponen komputer di kalangan mereka. Program bermula jam 9.45 pagi dengan pengenalan asas komputer kepada kanak-kanak.

Selepas memahami serba sedikit peralatan dan fungsinya, kanak-kanak taska mempelajari huruf dan nombor menerusi website "education games for kids" http://www.abcya.com/. Melalui website ini, kanak-kanak lebih mengenal huruf dan nombor dengan menulis semula huruf dan nombor. Pelbagai jenis permainan dalam website ini yang boleh digunakan pelajar taska supaya lebih mengenal huruf dan nombor serta membaca dan mengira. Selain itu, pembelajaran ini dapat mengajar kanak-kanak tabika menggunakan tetikus dengan betul.

Dengan adanya program ini, kanak-kanak lebih memahami penggunaan komputer dan internet dengan betul serta lebih mengenal huruf dan nombor.