PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI SEMPENA BULAN KESIAPSIAGAAN HADAPI BENCANA BANJIR

06 November 2016 |

November 2016 (Sabtu) - Program Gotong Royong bersama Komuniti Kampung Pasir Raja telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja bersempena menyambut Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2016 yang telah dirasmikan pada bulan oktober lalu oleh YAB Dato' Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Kemaman Waterfront, Terengganu. Program ini merupakan program tahunan JKKK Kampung Pasir Raja dengan kerjasama semua pihak dan penduduk kampung bagi persediaan menghadapi bencana banjir setiap tahun. Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja merupakan salah satu pusat pemindahan mangsa banjir setiap tahun. Oleh itu, program ini diadakan bagi membersih dan mengemas dewan dan persekitaran kawasan pemindahan bagi memelihara persekitaran yang bersih dan kondusif.