KISAH KEJAYAAN “CELIK IT OKTOBER 2016”

24 October 2016 | Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN “CELIK IT OKTOBER 2016”

NAMA: MUHAMMAD SHAZRUL AFFANDY BIN MOHD JOHARIE

UMUR: 11 TAHUN

PENDIDIKAN: SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR RAJA

Muhammad Shazrul Affandy atau lebih dikenali sebagai adik arul berusia 11 tahun merupakan pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pasir Raja. Adik Arul mula menjadi ahli Pi1M sekitar November 2015. Pada mula-mulanya, beliau hanya menggunakan komputer secara asas sahaja. Kemudian, Adik Arul mula mengikuti setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet bersama rakan-rakannya. Adik Arul dan rakan-rakannya kerap datang ke PI1M pada hujung minggu sahaja memandangkan mereka tinggal di asrama. Oleh itu, setiap hujung minggu mereka datang ke PI1M bagi menggunakan perkhidmatan komputer dan juga menyertai aktiviti atau kelas yang dilakukan.

Beliau merupakan ahli Pi1M yang aktif dalam menyertai kelas atau program anjuran PI1M. Beliau banyak menghadiri dan mempelajari kelas-kelas ICT seperti pengenalan asas komputer, Microsoft word, powerpoint, paint, e-learning dan KDB serta mahir menggunakan enjin carian (aplikasi internet). Berikut antara aktiviti dan program yang diikuti oleh Adik Arul:

                     

Hasil pembelajaran yang berterusan tersebut, Adik Arul mampu berinteraksi bersama rakan-rakannya dengan menggunakan facebook. Adik Arul juga mula mahir menggunakan Microsoft office seperti word, power point dan paint. Dengan pembelajaran ICT yang berterusan ini, Adik Arul lebih mengetahui penggunaan aplikasi internet dengan betul.