KISAH KEJAYAAN “ENTREPRENEUR OKTOBER 2016”

25 October 2016 | Kisah Kejayaan

USAHAWAN 9: WAN ZURINA BINTI WAN AKBAR

PERNIAGAAN: GERAI JUALAN MAKANAN & MINUMAN

                                                  

Wan Zurina Wan Akbar atau lebih dikenali kak Na berusia 43 tahun dan berasal dari Kampung Shukor, Dungun, Terengganu merupakan suri rumah dan ibu kepada 4 orang anak. Beliau memulakan perniagaan gerai jualan makanan dan minuman secara kecil-kecilan pada tahun yang lalu. Beliau mula berniaga setiap pagi hari berkerja dimana pelbagai jenis makanan dan minuman dijual di gerai beliau. Antara makanan yang dijual oleh beliau ialah goreng pisang, ubi, keropok lekor, sosej dan pelbagai lagi. Turut menjual pelbagai jenis minuman sama ada panas atau sejuk seperti air tebu. Pada hujung minggu pula, beliau berniaga secara bergilir-gilir dengan anak beliau di kawasan rekreasi lubuk kain sungai bangang di kampung beliau.

     

                                

Gerai beliau terletak dihadapan Taska Kemas Kg Shukor dan berdekatan rumah beliau dimana terdapat rangkaian capaian wifi komuniti di kawasan tersebut. Turut menggunakan media sosial dan whatsapp untuk memberitahu operasi perniagaan kedai beliau. Dengan adanya, wifi komuniti berdekatan gerainya, ia dapat membantu menambah pelanggan di kawasan beliau.