KISAH KEJAYAAN “ENTREPRENEUR NOVEMBER 2016”

16 November 2016 | Kisah Kejayaan

USAHAWAN 10: TENGKU MOHD MAZDA BIN TENGKU ISHAK

PERNIAGAAN: KEDAI RUNCIT & KEDAI MAKAN (DAYANA SUCI ENTERPRISE)

Tengku Mohd Mazda bin Tengku Ishak atau lebih dikenali sebagai Mazda berusia 38 tahun dan berasal dari Kampung Shukor, Dungun, Terengganu merupakan bapa kepada 5 orang anak. Beliau membuka kedai runcit secara kecil-kecilan pada tahun yang lalu. Kedai beliau dibuka setiap hari dimana pelbagai jenis barang keperluan dapur ada dijual di gerai beliau. Beliau dibantu oleh isteri dan anak-anak beliau. Beliau juga, turut menjual pelbagai jenis sayuran dan ikan ke setiap kampung berdekatan dimana setiap pagi beliau perlu mengambil ikan dan syuran segar tersebut dari pasar besar dungun.

   

Gerai beliau terletak di simpang tiga berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor dan berdekatan rumah beliau dimana terdapat rangkaian capaian wifi komuniti di kawasan tersebut. Dengan adanya, wifi komuniti berdekatan gerainya, ia dapat membantu menambah pelanggan di kawasan beliau.