Mesyuarat Kesiapsiagaan Menghadapi Musim Banjir

02 December 2016 |

1 Disember 2016 -  Mesyuarat Kesiapsiagaan menghadapi musim banjir telah dilakukan pada hari khamis di Bilik Gerakan GDW/JKKK Kampung Pasir Raja. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai pihak seperti ahli KRT Kampung Pasir Raja dan Petugas-Petugas Banjir.

Mesyuarat ini membincangkan tentang persiapan atau langkah-langkah keselamatan pada musim banjir ini. Lebih 30 orang petugas ditugaskan di bahagian unit masing-masing. Turut dibincangkan ialah program-program yang akan dilakukan pada bulan disember ini.

      

                                 Mesyuarat Persiapan Menghadapi Musim Banjir